Jumaat, 4 Julai 2014

Anak guru nyaris di bawa lari.

Mengambil kesempatan dimana ada ruang dan peluang.Keadaan sedemikian boleh terjadi di mana jua.

Ianya bukan mengenai mencari kerja sahaja,malah untuk perkara mendatangkan bahaya ke atas orang lain.

Barangkali golongan ini mempunyai falsafah tersendiri.Entah...Apabila naluri sudah ditolak oleh gerombolan tentera syaitan,dan empunya badan secara sedar atau separa sedar telah diperkudakan oleh syaitan.



Orang hilang dan ditemui mati.Kita sering membaca berita bertajuk sedemikian.Atau pun,gadis hilang tidak pulang ke rumah beberapa hari dan ditemui dibunuh.

Kejadian mengerikan yang saban hari kita boleh ikuti di laman media,atau ahbar,atau disiar di tv.

Kejahatan dan kebajikan/kebaikan merupakan unsur pesaing yang sengit didalam kehidupan manusia.Hanya manusia beraqal membuat ketentuan,bukannya manusia tidak waras atau gila.

Orang tidak dikenali kini menyamar dalam berbagai bidang,dari profesional hinggalah ke darjah paling bawah/rendah(boroh),dan ada yang tidak berpangkat.Itulah keistimewaan manusia.

Cerita seorang murid PASTI di Temerloh,nyaris dilarikan oleh seorang penunggang motosikal,wajar menjadi pengajaran kepada pengusaha pusat asuhan kanak-kanak,Ibu-Bapa,atau saudara yang menghantar anak-anak mereka ketempat berkenaan.

Usah menyebut Mujur.Lebih tepatnya,bertindak pantas dan bijak lebih menyelamatkan keadaan.Para petugas dan pengusaha pusat tersebut sepatutnya lebih peka dari semasa ke semasa mengenai perkembangan disekitaran.

Tak mengerti aku dengan keadaan dunia sekarang weh...memeningkan..[Baca SINI]

Tiada ulasan:

Blogger news