Rabu, 9 April 2014

SPR wajar tingkatkan mutukerja sebagai badan bebas.

                   
                        Pilihan raya umum di Indonesia diadakan untuk memilih ketua negara, iaitu Presiden Indonesia, serta juga untuk Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dewan perundangannya. Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh lima tahun.
Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada calon-calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk membentuk kerajaaan campuran.
Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sembilanpilihan raya umum, iaitu pada tahun 19551971197719821987199219971999, dan 2004:

JULAI 2014 telah ditetapkan sebagai tarikh Republik Indonesia mengadakan pilihan raya Presiden, bagi memilih Presiden baharu menggantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono daripada Parti Demokrat yang akan tamat tempoh pemerintahan selama dua penggal.

Sebelum itu, pilihan raya umum Indonesia bagi merebut kerusi Parlimen akan diadakan pada 9 April.

Setakat ini beberapa nama telah disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan Presiden termasuk bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri daripada Parti Golkar dan calon Parti Amanat Nasional (PAN), Hatta Rajasa.
Wartawan luar negara, Azrul Hakimie Anuer sempat menemubual Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut tentang kedua-dua pilihan raya itu di Indonesia.[1]

Dengan kehadiran Pengerusi SPR Malaysia ke Indonesia di atas jemputan Komisi Pemilihan Umum (KPU) memberi gambaran sesuatu ide pelan tindakan baru perlu dilakukan didalam sistem pilihanraya di Malaysia.[2]



Tiada ulasan:

Blogger news