Kekalkan SPR berstatus badan bebas.Benar-benar bebas mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab didalam pilihanraya di Malaysia.
Usah cepat teruja dengan PEMILU di Indonesia yang telah begitu distrukturkan dengan budaya dan sistem politik negara mereka.Banyak lagi tuntutan BERSIH SPR belum bersedia laksana.Untuk beralih anjakan SPR ke dimensi baru dalam kerja pilihanraya mengikut acuan Malaysia,kejujuran SPR dan ketelusan mereka dan juga integriti merupakan sebahagian ciri-ciri menjayakan pilihanraya yang adil dan bersih.
Ikatan rantai besi ke atas SPR dari sekian lama perlu dirungkai,malah topengan SPR yang tersembunyi menurut telunjuk Kuasa Abang dalam politik Malaysia mesti dirobekkan,demi mempraktikkan amalan demokrasi.Dengan peruntukkan undang-undang sedia ada didalam SPR,sewajarnya penambahbaikan kerja-kerja teknikal dapt dilaku dengan lebih efisyen tanpa campurtangan pihak Kuasa Abang.
Apabila SPR mencuba bawa balik apa perjalanan pilihanraya di Indonesia,ianya tidak semudah difikir dan dirasa oleh batang tubuh Pengerusi SPR sendiri.Masih banyak kerja penambahbaikan,seperti mengkaji semula persempadanan kawasana pilihanraya yang telah begitu melepasi tempohnya,penyemakan buku daftar pemilih supaya dibersihkan,isu dakwat kekal yang menjadi persoalan besar baru-baru ini.
Ruang kepada parti pembangkang untuk sama-sama menikmati menyalurkan mesej parti melalui media arus perdana juga masih ditutup rapat,jika ada pun sekelumit sahaja.Inikan pula mau mengadakan tempoh bertenang sebelum hari pembuangan undi.Ini sangat tidak masuk akal memandangkan kerja-kerja subversif sangat suka dan gemar apabila ada ruang dan peluang bergerak underground.
Tempoh berkempen singkat wajar dikaji semula,berbanding pihak kerajaan memperalatkan media dengan secara berhabis-habisan,dan berbagai kemudahan kerajaan digunapakai oleh jentera parti UMNoBN sepanjang berkempen.
Percayalah,ketelusan serta gerak kerja PDRM juga perlu diberi perhatian untuk membuktikan perlaksanaan pilihanraya selamat dari keganasan.Persepsi ke atas PDRM masih lagi belum terbaik kecuali mereka benar-benar unbias dalam mempastikan perjalanan pilihanraya berlaku dengan aman dan berkesan dari awal sehingga keputusan diumumkan.Pihak polis patut memberhentikan amalan mengugut pihak parti pembangkan dan rakyat didalam meneruskan kerja-kerja pilihanraya.
Jabatan-jabatan kerajaan juga wajar bertindak dengan seadilnya ke atas penjawat awam dalam konteks mana-mana pegawai melibat diri didalam kerja-kerja pilihanraya.Keadaan di Malaysia sungguh pelik dan ajaib apabila tugas mencerap penglibatan pegawai yang berwarna hijau atau biru cerah sungguh begitu diberi perhatian,wal hal bagaimana pula yang disebelah satu pihak lagi?
Parti UMnOBN akan semakin disingkir oleh rakyat sekiranya ketidakadilan dilaku ke atas mana-mana pegawai kerajaan secara berwenang,terutama para pendidik.Tidak hairan,sambutan para pendidik ke atas program dianjur oleh pejabat sungguh menyedihkan.Apa nak dikatakan lagi.Guru manusia unik.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan