Sabtu, 26 April 2014

Cabaran ke atas usaha melaksanakan Hukum Hudud.

Satu temubual ekslusif telah berlangsung mengenai Hukum Hudud antara Ketua Wartawan Kelantan,Mohd  Zailani Abd Rahman dan wartawan,Murni Abdul Rashid, bersama Timbalan Menteri Besar,Datuk Mohd Amar Abdullah,demikian menurut berita yang disiar sebuah laman portal tempatan.[........]

Suatu usaha yang bersungguh mengenai penjelasan Hukum Hudud sedang berlaku mengikut perkiraan Setiausaha Agung PKR sebagai tersiar disini.Alangkah baik sekiranya pemimpin utama dari ketiga-tiga parti dalam PR  di bawa berbincang.Walaupun terdapat kelainan pendapat,duduk semeja bawa berbincang dahulu untuk dapatkan keputusan muktamad.


Ingin juga kita mengambi tahu,didalam kehangatan membincangkan soal hukum dari ajaran agama Islam itu,musuh disekeliling sedang memerhatikan,sehingga keadaan ini telah masuk ke bangunan Pertubuhan Bangsa -bangsa Bersatu,melalui Human Rights.Keadaan demikian juga dialami oleh negara Brunei Darussalam. 

Sudah menjadi sunnah(perjalanan) dalam perjuangan menegakkan agama Allah bahawa Islam sentiasa berhadapan serangan dan kepungan dari pelbagai sudut dan pihak.

Seiringan dengan keributan berkisar Hukum Hudud,Presiden PAS menyatakan pendirian bahwa tiada mana-mana pihak sama ada PKR atau DAP boleh halang prinsip PAS tersebut sebagaimana ditegaskan disini.

Semoga usaha murni untuk menegakkan tuntutan dari ajaran agama ISLAM dipermudahkan oleh Allah swt.

Tiada ulasan:

Blogger news