Selasa, 29 April 2014

Melawan nafsu jahat suatu pengorbanan kendiri.

Siapalah yang terkuat untuk mengekang runtunan hawa nafsu dirinya??Persoalan kita kekuatan diri membendung keinginan untuk berhibur.Hiburan masa kini banyak bersifat elektronik atau pun dengan berdepan alat media canggih lah katakan.

Penerokaan manusia diangkasa melalui teknologi satelit,dan dengan satelit juga seakan kononnya manusia telah menjelajah alam dengan hanya mencecah hujung jari untuk menyelinap ke serata pelusuk alam.Betul kah suatu statement dangkal begitu mampu memukau minda manusia?




Perang cyber,suatu ketika bagaikan mainan filem saja gayanyer.Namun kini,ia bukan olok-olok lagi.Kebelakangan ini cyber troopers bersiap siaga menjadi benteng pertahanan sesebuah golongan parti politik dengan berbagai rupa serangan.

Belum puas bermain games di cyber cafe dikalangan remaja atau orang muda,tugas utama cyber troopers ialah mematahkan penampilan musuh dengan apa cara sekali pun wa'ima yang menjijikkan.Apakah kita lupa bahwa dikiri kanan kita sudah ada soldadu setia(malaikat) petugas Allah Ta'ala ke atas setiap orang.Ma syaa Allah.

Oh...!!!Kediaman kita dan rumahtangga kita bagaiman yeop..? Masa hanya 24 jam sehari semalam.Tolak berehat sekejap,makan,tidur,dan bekerja,berapalah yanag tinggal ??

Aku mulai sedari,sekira kuat jasad dan sekadar memenuhi tuntutan nafsu makan,atau nafsu manusia secara fitrahnya,bagaimana pula tuntutan kerohanian?Gagahkah perjuangan kerohanian diri ku???

Aku mulai rungsing sekiranya tahap kerohanian tidak menyerlah sebagaimana sepatutnya..///
Masihkah ada masa untuk perjuangan membangunkan kerohanian didalam kesibukan kehidupan di akhir zaman ini??Satu tugas besar atas bahuku untuk mencapai tahap ke maqam semakin dekat Pencipta.

Saban masa dan hari disekeliling dipenuhi hiburan...Ma Syaa Allah...

Tak kan nak TV dan I-pad,dan HP sorang satu dalam rumah..Kalau gitu,carilah duit banyak-banyak.Aku pun bosan juga,tapi ada jalan keluar melepasinya.Tetapi,bila langit sudah  terbuka dan berbagai saluran memasuki kediaman rumahtangga,tak ker sebak dada dan semput nafas dibuatnya..

Itulah senario didalam kehidupan.Semakin canggih peralatan komunikasi maka ditakuti manusia hanya tinggal jasad,yang lain kut-kut jadi zombie...auu..auu..arghhh,,Takutnyer zombie,
dan hantu raya.

Inilah berita yang berlaku di negara China apabila China berperang secara senyap dan penuh psikologis.Apa nak heran,mereka dari arus yang sama.Pi mai,,pi mai,tang tu jugak...Kalu dah sama kategori,tak lari ke mana weh..

Aku mulai faham,mengapa mereka sedemikia.Yang merana adalah orang-orang seperti aku dan sejenis seperti aku.


Tiada ulasan:

Blogger news