
Sesiapa rakyat Malaysia yang mempunyai Kad Ahli PAS terkini,atau sebelum ini mempunyai Sijil Keahlian PAS,dan setiap tahun menjelaskan Yuran Keahlian,atau pun membayar Yuran Keahlian seumur hidup pasti menunjukkan Sejarah Perjuangan PAS dalam arena politik tanah air.Jatuh bangun PAS sama ada secara berseorangan atau pun berganding bahu dan tenaga dengan rakan nya sebelum ini mahu pun sekarang,PAS tetap berjuang di atas paksi Islam yang bersumberkan al-Quran,Hadith,Qias dan Ijmak Ulamak.

Memang nak tau sangat peluru jenis apakah LGE pakai untuk serang HH.Ramai kalangan anggota DAP penganut /pengamal undang-undang,dan menjadi peguambela.
Cobaan besar pada pemimpin PAS ketika mengaumnya harimau didalam DAP.
Soalan paling jengkel untuk ditanya.Jika sudi untuk difikir,sendirilah renungkan.
Jika nak dimain sentimen politik dan agamalah,apa rasionalnya dua tiga kerat MP Melayu dalam DAP??Ha..ha....
Perjuangan PAS meliputi semua aspek bidang kehidupan yang dituntut syarak.Tentunya memakan masa yang panjang dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat yang pelbagai kaum dan agama sama ada di Semenanjung,Sabah dan Sarawak.
PAS menyertai pilihanraya,selagi diizinkan oleh sistem demokrasi sejak ia ditubuhkan sehingga kini.Oleh kerana serangan ke atas PAS dari segenap penjuru dan meliputi setiap ruang ,dan peluang bagi PAS mendapat hak sama di media arus perdana dinafikan,ia bererti sebahagian dari demokrasi telah pun dicalar oleh pihak pemerintah sendiri.
Demikian juga apabila permintaan PAS untuk membentangkan Kanun Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) negeri Kelantan di parlimen,halangan dan rintangan yang dilihat melalui media menunjukkan betapa tahap kefahaman rakyat Malaysia terhadap Hukum Hudud sangat penting diperjelaskan semaksimum yang boleh secara menyeluruh.
Beberapa respons [..]positif ada,misal dari TPM,selaku Timbalan Presiden UMNO.Moga-moga beliau tulen dalam menangani kemelut Melayu dengan Hukum Hudud ini.Wa'ima respons dari kalangan tokoh-tokoh tanah air lain,semoga dengan izin Allah swt akan terbuka pintu hijab dalam masa terdekat.
Ucapan berupa retorik mengenai Hukum Hudud dah tidak kena pada masanya,apabila negara jiran Brunei dalam usaha melaksanakannya dalam masa terdekat.Gambaran negatif dimomok oleh pihak tertentu,seharusnya dikenali dari pucuk pangkal datangnya agar tidak merencatkan usaha murni untuk membawa usul perbentangan tersebut ke parlimen.
Baca Mahfuz Omar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan