Selasa, 8 April 2014

Laporan Ketua Audit Negara (PAC).5 kementerian diminta beri penjelasan.


                      Menurut latar belakang PAC yang berfungsi memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

                     Mengikuti pembentangan ini sangat  baik terutama kepada golongan terpelajar, tenaga  akademik, aktivis sosial dan ahli politik dengan hasrat sebarang salahguna kewangan   mahu pun yang dikategorikan penyelewengan yang pernah berlaku dalam negara diperjelaskan kepada orang ramai.

                    Telah diketahui umum Ahli-ahli Parlimen yang dilantik didalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menerima dan memikul amanah berat bagi menyelamatkan negara dari sebarang kemusnahan kewangan.Walau pun Jawatankuasa PAC dibentuk,masih mengandungi kesangsian dipihak pemimpin parti Pakatan Rakyat.

                    Melalui Sidang Parlimen Malaysia terkini (Penggal ke 13) bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang di Pengerusi oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed,juga MP BN Pulai,akan memanggil;

                 1.  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 
                 2.  Kementerian Pendidikan,
                 3.  Kementerian Kesihatan,
                 4.  Kementerian Kerja Raya dan
                 5.  Kementerian Dalam Negeri (KDN), 
                 6. Jabatan Kerja Raya
                 7. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

 bagi memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1.

                      Negara baru melepasi suatu kes melibatkan projek yang dipanggil  PKFZ(Port Klang Free Zone)yang membabitkan pembicaraan di mahkamah,


                      Kes dibicarakan sehinggakan suatu desakan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk meletakkan jawatan susulan daripada keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

                      Kepintaran individu tertentu didalam kes berkenaan menyebabkan sering terjadinya orang lain pula menerima nasib "dikambinghitamkan",malahan individu-individu penting sebagai saksi gagal dipanggil ke muka pengadilan.

                      Individu tertuduh yang melalui liku-liku turun naik mahkamah didalam kes PKFZ ini terpaksa membela diri ,walaupun akhirnya dibebaskan daripada tuduhan.

                      Didalam kes PKFZ yang mencemarkan institusi kehakiman dan menjejaskan keadilan,Ketua Parlimen DAP,Lim Kit Siang,yang sedang  menulis buku tentang pengalamannya dalam kes itu turut mengatakan kepercayaannya kepada sistem kehakiman negara telah hilang.

                        Satu ungkapan buruk,"Busuknya se ekor ikan bermula dari kepala".
Jelas,kebusukan didalam negara bermula dari peringkat atasan.Bersih di atas,sejahteralah rakyat sesebuah negara.
            


                     




Tiada ulasan:

Blogger news