Bermula dengan kesedaran sendiri.Apa pun begitu.Seseorang insan sekiranya dengan seikhlas hatinya mahukan perubahan,tentunya sebarang gerakhati dan segala pengalaman melalui pemerhatian akan dikerahkan untuk dibawa ke hadrat Illahi.
Demikian juga dengan berbagai keresahan yang ditempuhi oleh seseorang,ketenangan boleh dirasai dalam kaedah bermunajat kepada Allah Ta'ala disertai ikhtiar luaran bagi meneruskan kehidupan.
Dalam sesebuah perjuangan,seseorang sudah tentunya memberi kesetiaan kepada badan atau pertubuhan yang dianggotainya.Namun apabila sudah dirasai,berlaku ketidakadilan atau menyimpang dari landasan,siapalah lagi yang mahu mengambil langkah untuk berubah jika bukan diri sendiri.
Membuat perubahan mendambakan(memerlukan) pengorbanan dari segi rohani,jasmani,intelektual dan juga perubahan sosial.Dalam erti kata lain,membuat perubahan secara total.
Islam datang untuk merubah segalanya dalam perjalanan kehidupan manusia bermula dengan kepercayaan mengEsakan Tuhan.Aqidah yang sesat yang dianuti manusia mesti dirobek dengan ayat-ayat Allah swt,demi mengisinya dengan aqidah tauhid berpaksikan keTuhanan (Allah Rabbul Jalil/Azzawajalla).Perjuangan mengajak manusia dari kegelapan,kesesatan kepada cahaya Illahi sudah tentunya memakan masa.Demikian pula laluan diambil oleh mereka yang komited kepada perjuangan sesebuah fahaman politik.
Idealogi atau fahaman politik dianuti seseorang boleh menyebabkan terheretnya ke lembah kesesatan dalam konteks aqidah(agama),terutama yang menganut fahaman-fahaman politik yang semakin menjauhkan diri dari agama Allah swt.
Maka tidaklah terasa janggal,jika seseorang ahli politik bermatian berada dalam perjuangan parti yang dianuti fahamannya sampai mati.Itu kerana kesanggupannya untuk memikul falsafah fahaman politik parti yang turut sama dianggotainya.
Oleh demikian,sesebuah parti politik yang menyamarkan dirinya membawa kebahagian kebendaan dan menyerah urusan keagamaan kepada diri ahli sendiri mengurusnya,tentunya tidak merasai kebahagian total sebenarnya dengan perjuangan Islam yang menyeluruh lagi lengkap dari dalam hingga ke luar dengan maksud lain dari bersumberkan qaidah tauhid Uluhiah(Ketuhanan/Rabb) sehinggalah kepada mengurus mentadbir sebuah negara berpaksikan Islam.
Beralih atau berpindah kem parti hanya lahir dan tergerak dari kesedaran diri sendiri(dalaman)dengan izin Allah swt melalui cahayaNya.Ia suatu fenomena dirasai setelah memahami sesebuah perjuangan.
Perjuangan Islam merupakan tuntutan dari Rasulullah s.a.w.dengan perintah dari Allah swt melalui Malaikat Jibrail.Islam bukan agama (religion).Ia merangkumi satu cara hidup lengkap lagi melengkapi bersumber al-quran,as sunnah dan hadith Rasulullah s.a.w.
Maka berbahagialah sesiapa yang berhijrah dari jahiliah kepada Islam yang terangkum didalamnya segala tuntutan didalam kehidupan.
Namun begitu,pengamalan Islam diteguhkan lagi dengan KeImanan seperti dituntut ke atas setiap orang Mukmin.Secara lateral,dan matematikal,Islam tanpa Iman masih tidak sempurna.
Kehilangan Islamnya seseorang,akan berlaku apabila keteguhan kepercayaan ke atas rukun Iman dicemari atau pun dinodai/dirosakkan.Apabila Iman rosak atau punah atau pun Rosaknya Iman,maka dalam konteks hukum,tiada Islamnya lagi pada seseorang.
Maka Islam dan Iman adalah kesatuan mesti dipelihara serta dijaga sepanjang hayat.
Cerita orang politik beralih kem di Kelantan seperti disiar melalui portal resmi tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan