Khamis, 10 April 2014

Peluang pekerjaan dengan pembinaan Kompleks Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemical di Gebeng,Kuantan.

                  Khazanah sumber kekayaan negara salah satunya petroleum dan gas.Pembangunan industri petrokimia di Gebeng,Kuantan,Pahang telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat sebagai dinyata disini.

                 Di Kawasan Industri Gebeng,terdapat syarikat multinasional dan antarabangsa menjalankan pemprosesan pengeluaran  produk aroma.

                 Pelaburan berjumlah RM1.5billion bakal menjadikan Kawasan Perindustrian Gebeng sebagai pusat utama pengeluaran bahan petrokimia bernilai tinggi di Asia Pasifik.Ia melibatkan syarikat kimia utama dunia BASF dan Petronas,syarikat minyak Malaysia.

                 Sebuah Kompleks Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemicals di kawasan perindustrian Gebeng di sini,dijangka siap pada tahun 2016.

                 Industri  dengan kecanggihan teknologi dan inovasi Jerman di BASF Petronas Chemicals ini, mampu menghasilkan kimia khusus dalam bentuk bahan beraroma, yang memenuhi strategi  untuk menjadi industri berasaskan pengetahuan dan negara berpendapatan tinggi.

                Peluang pekerjaan dalam berbagai bidang teknikal sedang menunggu personel yang layak melaksanakan kerja-kerja berkemahiran tinggi.

                kredit pada the sundaily


Tiada ulasan:

Blogger news