Rabu, 9 April 2014

Penjawat Awam perlu multi skil.

                 
                      Definisi,apakah  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);

" ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999."


                       Sektor perkhidmatan awam bermula dengan sejarahnya  sebagai;


"Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu."

                         Mengikut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin;



 Poin utama dari petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Kementerian Pendidikan di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

1.   Penjawat awam hendaklah memiliki serta menguasai pelbagai  kemahiran (multi skill).



2.  Bakat diri diasah dan diurus sehingga ketahap mencapai keperluan negara.
    
3.  Perkhidmatan Awam perlu lebih dinamik,fleksibel dan pantas bersesuaian dengan                  perubahan senario global.


4.  Kementerian  Pendidikan sedang melakukan transformasi pendidikan melalui PPPM 2013-2025 dan PSPTN 2007-2020 bermula seawal pendidikan prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat mampu melahirkan modal insan untuk negara dan pasaran dunia.


      Kenyataan Media: Laporan Ketua Audit sebagaimana boleh diterusbaca melalui http://www.pmo.gov.my/ksn/home.php?frontpage/media/detail/2349


      Booklet On Making Civil Service People-oriented Launched


kredit pada sinarharian.

Tiada ulasan:

Blogger news