Rabu, 30 April 2014

1Mei.Nasib pekerja mesti diberi perhatian.

Sempena Hari Pekerja,1 Mei, ada sesuatu yang menarik perlu diambil perhatian.

Harapan masih ada,semoga ia menjadi kenyataan dalam menghadapi zaman penuh pancaroba dan berbagai fitnah dan kelentongan.

I Help U,You Help me.

Aku masih ingat slogan tersebut.

Nak tau?

Nah.kredit pada hangit blog.

Selasa, 29 April 2014

Kisah guru muat murid sesak dalam kereta terlibat kemalangan.

Jika tak silap ingat,kisah guru membawa murid sarat didalam keretanya,dan ditaqdir Allah swt,berlaku kemalangan.Apabila bertemu semula kisah ini di blog Greenboc,barulah ia mari semula datang ingatan.

Terima  kasih GB,semoga kisah dari kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada guru yang membawa murid ke luar sekolah kerana menyertai sebarang pertandingan sama ada peringkat zon,daerah,negeri  and so on.

Cukuplah Allah sebagai pelindung dan penolong.Wallah hu a'lam.

Melawan nafsu jahat suatu pengorbanan kendiri.

Siapalah yang terkuat untuk mengekang runtunan hawa nafsu dirinya??Persoalan kita kekuatan diri membendung keinginan untuk berhibur.Hiburan masa kini banyak bersifat elektronik atau pun dengan berdepan alat media canggih lah katakan.

Penerokaan manusia diangkasa melalui teknologi satelit,dan dengan satelit juga seakan kononnya manusia telah menjelajah alam dengan hanya mencecah hujung jari untuk menyelinap ke serata pelusuk alam.Betul kah suatu statement dangkal begitu mampu memukau minda manusia?

PAS bantah benteng manusia MCA didepan parlimen.

Harta Pesaka British tinggalkan kepada UMNO jika mahu meneruskan legasi British ialah "biar Orang Melayu"setakat menjalankan Rukun Islam jerlah.Oleh demikian,gah bebenor,bila diletak dalam Perlembagaan Persekutuan,"Islam Agama Persekutuan".

Sekira Islam ditakrif dalam lingkungan konsep "religion",maka Orang Melayu belum khatam mengaji Islam.Hahhh..!!

Pemimpin PR 45 minit berbincang dengan Susan Rice.Cukup ker masa banyak tu?

Suatu kenangan?

Kedatangan Presiden Amerika Barack Obama,selepas Presiden  LBJ ke Malaysia.Barack Obama,Presiden Amerika Ke Dua menjejak kaki ke bumi Malaysia.

Lawatan kerja ke negara Islam di Asia Tenggara tentu tersirat makna tersendiri didalam agenda Kepala New World Order.

Dikhabar juga,Barack Obama menggambarkan bahawa peluang patut diberikan juga kepada kaum bukan majoriti di negara ini.Kenyataan beliau dibalas dengan nada tinggi marahnya Presiden PERKASA,Datuk Ibrahim Ali.

Pemimpin kumpulan ini tak nak berjumpa ker dengan Susan Rice?Rugi..rugi...tak dapat luah perasaan kat orang Amerika.

Tak dapat jumpa Barack Obama pun tak aperlah,namun boleh juga berpeluang  bergambar .

Tak kan bergambar saja.

Dikhabarkan isu-isu seperti undi  popular diperolehi PR,ketiadaan kebebasan media,royalti minyak dan konsep kerajaan federalisme adalah sebahagian yang dibincangan dalam masa singkat 45 minit dengan Susan Rice,selaku Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat.

Apa agaknya Susan Rice nak respons kat Pakatan Rakyat?Jika ada,bila masanya pula nak tunggu phone call Puan Ssusan Rice dari White House.

 Mungkin ada yang ingat ini."Lebih baik berkawan dengan Devil dikenali daripada Angel tak dikenali".

Siapalah punyer ayat tu.Saya pun macam tak berapa ingat dah,sebab Melayu Mudah Lupa.

He..he..Erk..betul ker Melayu Mudah Lupa.?

Tak lah..!!!

Isnin, 28 April 2014

Singa muda di Syria.

abu khayra Singa Muda di Suriah

Semuanya berlaku dengan kehendak Allah swt di Syria,walaupun asalnya dari Khazastan.Diusia semuda ini,pemuda Khazastan menyertai perang Jihad di Syria bersama Mujahiddin .

Semoga Allah swt masukkannya bersama para syuhada.Gugur di medan jihad di syria.

Pemandu maut langgar pengadang tol.

Death toll hit barrier

Oh God ...

How this happened? Trigger feel when you see something like this.

Witness closest certainly more real to know what happened when the driver of this luxury vehicle enters the toll and violation of  the South Kajang Toll barrier .

Driver killed in toll awnings 

Tok Him mengamuk Obama sekeh pala rasis.

Dah timbul pun kelibat  orang gagah ni yer.
Jika tak ada UMNO,Orang Melayu m..xxpxxs...BetuIl ker penghakiman pemimpin UMNO sedemikian rupa?

Gah betoil erk....!!

.Dah kenal betoil dengan Tok Him ni kan.Semua orang tau and kenal.

Apa yang dimarah sangat kat Obama yang jejak kaki tak sampai seminggu pun..!Amarahnya naik melangit,bila dah kena hidung sendiri..Kah..kah..bagaimana dengan aku..tak sama ker gitu..?

Perginya seorang pelakon Sidek Hussain.Al Fatihah.

Sidek Hussain 2Hadiahkan  Al Fatihah.
Pelakon Sidek Hussain telah kembali menemui  Allah swt diusia 63 tahun.Semoga diampun oleh Allah swt kesalahan serta dosanya semasa hayat dan diterima ibadah solatnya beserta ibadah lain dan dicucuri rohnya dengan limpah rahmat Allah Ta'ala.Amin.

Kepada ahli keluarga dan saudara mara semoga tetap tabah menghadapi dugaan.
 credits mStar

Hei,Susan Rice,let listen opposition's problems and help us.

White HouseAgaknya Susan Rice ni nak layan ker kes Anwar?Mereka kata,"We closely eared and follow Anwar's case".It is a general statement.

Do you believe me?

Berapa banyak kes orang penting negara Uncle Sam nak simpan dalam kepala and then bawa ke White House?

Hanya politician bermain di gelanggang mereka dengan berbagai teori and andaian dan paling sadist orang rakyat marhaen yang buta politik yang hanya memangkah di hari mengundi yang jadi buah catur di papan chess.Ughhh...

Penat betoil dengan berbagai karenah di Malaysia kan..Agaknya,,kat maner yer tempat paling nyaman dan selesa benar nak relaxkan minda..Aghhhh..

Jika tak suka Malaysia,,cari negara lain..???Alamak..!! Kan padan muka aku..he..he..

Tanah Tumpah DarahKu...

Masih ingat lagu,"Anak Kecil Main Api".hahhh...

Malaysia is under British laws and not USA's laws..Ini yang aku kena faham bila konsep undi majority and  kerusi tak cukup di parlimen.Maka kita pun ikut.Kerajaan minority and parti undi majority..

Yang benar,benar jugak..

Yang dimanipulasikan,kena jugak difikirkan by fact and knowledge.







Mahfuz kena susun strategi menyampaikan mesej Hukum Hudud.

Negeri Kelantan dan Terengganu telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Jika ditanya,"Apa pencapaian PAS sepanjang perjuangan politik dan dakwah di bumi ini?"

Sesiapa rakyat Malaysia yang mempunyai Kad Ahli PAS terkini,atau sebelum ini mempunyai Sijil Keahlian PAS,dan setiap tahun menjelaskan Yuran Keahlian,atau pun membayar Yuran Keahlian seumur hidup pasti menunjukkan Sejarah Perjuangan PAS dalam arena politik tanah air.Jatuh bangun PAS sama ada secara berseorangan atau pun berganding bahu dan tenaga dengan rakan nya sebelum ini mahu pun sekarang,PAS tetap berjuang di atas paksi Islam yang bersumberkan al-Quran,Hadith,Qias dan  Ijmak Ulamak.

Kapalterbang ringan jatuh menjunam pelatih cedera.



Masyaa Allah..Mangsa didapati tersepit dan dikeluar dengan bantuan khidmat Bomba dan Penyelamat.

Apabila dah tahun akhir,tentu cita-cita nak jadi pilot.

Cabaran dan dugaan Allah swt ada di mana-mana.Siapalah kita.Hanya berikhtiar serta pasrah didalam segenap kegiatan kehidupan.

Semoga  pelatih semboh dengan izin Allah swt.Dan kepada keluarga semoga dapat menerima kenyataan yang menimpa anak mereka.

Seorang pelatih dari  Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT),mengalami mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian muka dan badan,dan keadaan dikatakan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.Mau baca berita.




Dikir barat yang dah melampau menyenakkan mata dan menyakitkan hati.

Ini kawasan punyer no,sekarang milik bekas  MB Ganu Kite.Tu dia Besut.Masjidnya gah di Bandar Jerteh.Masjid dibina ketika waktu UMNO berjaya merampas kerajaan Ganu Kite dari PAS.

Waduhhhh...Percayakah mata yang melihat perkara sebegni sedang berlaku di Besut???

Nanti dikata Fitnah pulak..lagilah banyak songelnyer.

Apakah bendernyer yang sebegitu sukar nak dihebahkan???

Sendiri tengok and fikirkan..

Dulu sebok Kerajaan Langit Ayah Pin,,,senyap gitu saja..entah menghilang kemana yer??

Jika pun nak berdikir barat,,tak kan sehingga macam tarian tiang kut..!!

Bagaimana jika ubah jadi dikir timur..?Tak sedap dengaq lah...Ambek jer Timur Tengah ..Ummi Khalthum..hehh...

Adakah tanpa tarian separuh patah pinggang tu tak ada,tak jadi dipanggil dikir barat??
OK lah.Nak sangat Barat..maka tersenyumlah artis-artis Hollywood dan Bollywood.Dan mereka berkata,"We are successfully educating the Asians as our ancestors"

Tak serik lagi ker dengan bermacam bala yang datang kat bumi Malaysa nih..???

Yang hati gelap dah sah tak jumpa jawapan...and jalan keluar...Kesian Orang Kite diperdaya oleh tokoh-tokoh politik keparat...Sorry bukan mengutuk tapi menyengat dan memperingatkan saja. Jika tak suka,,boleh turn over to new ife..Bagaimana???[sumber]nya disinih bah..

Jika nak serang,jom gilah kat tapak dikir barat.Asal Bukan UMNO dah ler...Kemana perginya Orang Kuat Gedebe  PERKASA,JATI,dan UMNO Keris Sebilah tak bersarung??

Ahad, 27 April 2014

Kemalangan bas bawa pelajar UIAM.

Lima Pelajar UIAM Parah, Bas Terbabas Di Lebuh Raya PLUS.










Gambar-gambar dari  mStar mengenai kejadian kemalangan bas melibatkan pelajar UIAM dalam perjalanan ke Bukit Cerakah, Shah Alam. [Sumber]

PM Korea Selatan letak jawatan insiden feri karam.



Pemimpin Malaysia berkata,"Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita. Letak Jawatan Bukan Budaya Kita".Habih apa budaya orang kiter?Kencing manjang?Kelentong manjang?Putar alam manjang?Ha...ha..nak cakap pasai budaya orang Melayu,tanyalah sang Prof.Betul ker para pemimpin Melayu dikalangan yang berkuasa berbudaya Melayu/Islam??

Jangan susah Malaysia negara Islam ala Dr Mahaathir.Lagi putar alam orang ni.

Hebatnya Malaysia.Kau buatlah "kesalahan","Rasuah",pastinyer ada back up.Paling busuk kau diberi jawatan lain.Kemudian masuk bertanding dalam UMNO.Ada muka?Ada meruah??

Perdana Menteri Korea Selatan meletak jawatan berikutan insiden feri karam.[sumber].



Jangan baca jika ia menyusahkan diri sendiri..!!

Mempercayai bermakna boleh terima pakai asas prinsip.Tapi,bagaimana pula hendak menerima pakai suatu berita?Agak memeningkan kepala atas suatu insiden  beribu perkhabaran atau teori.Orang masa kini panggil teori konspiasi.

Dulu dipanggil pengkhianatan.

Awak telah mengkhianati perjanjian dengan menjual maklumat kepada musuh.Alamak...!Oleh itu rahsia...rahsia....Wa'ima perkara itu sungguh menyedihkan kerana melibatkan nyawa manusia tak berdosa,namun atas nama pengkhianatan@konspirasi,kita rahsiakan kepada dunia.

Ha...ha...walau konspirasi konon,,tak lama kemudian terburai pecah segala kebusukan yang diperap selama ini.

Dunia diakhir zaman dipenuhi perangai dajjal dan kesyaitan @keiblisan yang menggerakan jasad manusia yang tiada aqal+aqidah.

Mengapa demikian??Jangan percaya berita ini jika ianya merugikan saham dan perniagaan sesiapa pun pada hari ini.

Namun,berita yang datang dari orang fasiq hendaklah diteliti.Jika sudah tersebar,adakah pengkhianat mahu mengaku di atas perbuatan zolim mereka?

Dunia telah merekod sejarah kezoliman lepas mereka dan hari ini adalah "HARI INI DALAM SEJARAH' kepada ummat sejagat yang turut prihatin bahawa golongan pengkhianat tidak pernah serik daripada perlakuan lalu mereka.

Sumber

Sabtu, 26 April 2014

Korea Utara "negara pariah" kata Barack Obama.

[Video]North Korea is a weak "pariah state" whose heavily militarised border with the South marks "freedom's frontier", US President Barack Obama told American troops in Seoul.
The border between of the two countries is a division between a "democracy that is growing and a pariah state that would rather starve its people than feed their hopes and dreams", he said on Saturday.
Pyongyang's continued pursuit of nuclear weapons is "a path that leads only to more isolation", said Obama, as he dismissed the Stalinist state's apparent preparations for a nuclear test.
The alleged preparations came despite stringent sanctions imposed by the international community.
"Anybody can make threats. That does not make you strong. Those things don't come through force, they have to be earned."
Obama also said the US-South Korean alliance was as "strong as it has ever been".
"We don't hesitate to use our military might to defend our allies and our way of life," he told cheering troops and air force personnel.

Demikian sebahagian petikan ucapan Barack Obama di hadapan tenteranya di Korea Selatan.Sumber

Cabaran ke atas usaha melaksanakan Hukum Hudud.

Satu temubual ekslusif telah berlangsung mengenai Hukum Hudud antara Ketua Wartawan Kelantan,Mohd  Zailani Abd Rahman dan wartawan,Murni Abdul Rashid, bersama Timbalan Menteri Besar,Datuk Mohd Amar Abdullah,demikian menurut berita yang disiar sebuah laman portal tempatan.[........]

Suatu usaha yang bersungguh mengenai penjelasan Hukum Hudud sedang berlaku mengikut perkiraan Setiausaha Agung PKR sebagai tersiar disini.Alangkah baik sekiranya pemimpin utama dari ketiga-tiga parti dalam PR  di bawa berbincang.Walaupun terdapat kelainan pendapat,duduk semeja bawa berbincang dahulu untuk dapatkan keputusan muktamad.


Ingin juga kita mengambi tahu,didalam kehangatan membincangkan soal hukum dari ajaran agama Islam itu,musuh disekeliling sedang memerhatikan,sehingga keadaan ini telah masuk ke bangunan Pertubuhan Bangsa -bangsa Bersatu,melalui Human Rights.Keadaan demikian juga dialami oleh negara Brunei Darussalam. 

Sudah menjadi sunnah(perjalanan) dalam perjuangan menegakkan agama Allah bahawa Islam sentiasa berhadapan serangan dan kepungan dari pelbagai sudut dan pihak.

Seiringan dengan keributan berkisar Hukum Hudud,Presiden PAS menyatakan pendirian bahwa tiada mana-mana pihak sama ada PKR atau DAP boleh halang prinsip PAS tersebut sebagaimana ditegaskan disini.

Semoga usaha murni untuk menegakkan tuntutan dari ajaran agama ISLAM dipermudahkan oleh Allah swt.

Islam datang membawa rahmat kesekelian alam.

Bermula dengan kesedaran sendiri.Apa pun begitu.Seseorang insan sekiranya dengan seikhlas hatinya mahukan perubahan,tentunya sebarang gerakhati dan segala pengalaman melalui pemerhatian akan dikerahkan untuk dibawa ke hadrat Illahi.

Demikian juga dengan berbagai keresahan yang ditempuhi oleh seseorang,ketenangan boleh dirasai dalam kaedah bermunajat kepada Allah Ta'ala disertai ikhtiar luaran bagi meneruskan kehidupan.

Jumaat, 25 April 2014

Guru ditukar kerana dendam politik rakus pemimpin UMNO.

Isu guru ditukar dek memihak PR dibawa ke Suhakam;

 Malah katanya, Suhakam juga digesa menyiasat individu-individu yang menyalahgunakan kuasa mereka sebagai penjawat awam yang melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana jaminan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

Ada berlaku sesetengah golongan guru didendam oleh keparat politik pemerintah dengan melakukan tindakan secara politik ke atas guru terlibat.

Barangkali beginilah,"Jika guru tak suka Malaysia,carilah tempat lain".

Susan Rice mahu bertemu Anwar semasa lawatan Obama.

 US President Barack Obama will meet representatives of a range of civil-society groups –  including some which have harshly criticised Malaysia's government – when he visits the country this weekend, activists told AFP today. – Reuters pic, April 25, 2014.
Presiden Barack Obama.

 Mari tengok an open letter to Mr Obama yang tersiar dalam sebuah portal terkemuka.Siapa lagi mahu tulis surat kat Obama..kita tunggu dari rakyat Malaysia.

Kedatangan Presiden Barack Obama ke Malaysia,bakal menimbul berbagai respons dari berbagai pihak,sama ada NGO mahu pun dari  golongan moderat.Obama mahu berkunjung ke UM,namun di UM pun timbul masalah dengan laluan masuk ke kampus Inilah musibahnya bila mengada-ngada sangat.Apalah nak ditabek sangat dengan jasad bertopengkan dajjal.

Dilarang berjambang berjanggut di Xinjiang,China.

China offers cash in Xinjiang for tips on beards: report: A man gets a face massage at the Kashgar bazaar, 17 September 2003, in northwest China's Xinjiang province - by Frederic J. Brown

Ni apa punyer hal?Syiok bebenor sampai tertidor..!Ya kah Pak Aji main tarik-tarik janggut?Ha..ha...

Hal sebegeni jika nak cukor taklah heran.

Andai berkesempatan ke Wilayah Xinjiang,China,atas peraturan pemerintah Kerajaan Komunis China,usah harap nak kasi chance jambang dan janggut tumbuh meliar..

Aduiii...tak berahi benor diorang tengok Muslim berjambang berjanggut.

"Authorities in China's restive Xinjiang region are offering cash to informants who report on neighbours with excessive facial hair, state media has reported".

Dunia..!!Oh Dunia..!!
Sumber

Guru dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan lakukan sek oral.

Saralyn PortwoodJika berani,tanggunglah keaiban.Tak kira di barat atau timur,perlakuan kurang sopan antara manusia yang tergoda dengan syaitan boleh berlaku dalam sebarang situasi.Sama ada,dirancang,dipaksa,tak dirancang,atau tak disengajakan.

Kata pepatah,"bertepuk sebelah tangan,manakan menjadi".Perlakuan sumbang melibatkan individu berumor dengan remaja pun dah berleluasa.Tak segan lagi ker?Atau kehormatan maruah diri dah hilang?<

Buat pilihan untuk mengikut sunnah;Minum susu kambing.



Dah lama minum susu lembu?Sejak bayi sampai tua.Jenama top,"Dutch Lady",Fernleaf,dan seangkatannya.

Bagaimana susu kambing?Kesedaran dikalangan anggota masyarakat meminum susu kambing pun bukan calang-calang jugak.

PKS Catat Jualan RM3.33 Bilion



KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencatat jualan bernilai RM3.33 bilion di Persidangan Teknologi Pesisir Pantai Asia, yang pertama diadakan di rantau ini.
Sebanyak 25 PKS tempatan menyertai persidangan empat hari itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai 25 Mac lalu, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

PlaTCOM pemangkin inovasi dalam PKS.

Usaha ke arah membantu usahawan.Yang celik maklumat dan pantas bertindak dalam era transformasi tentu tidak mensia-siakan langkah yang dibuat oleh pihak pemerintah.
[sumber disini]

PlaTCOM pemangkin inovasi dalam PKS


Islam datang menyelesaikan jahiliah.

Menurut perkembangan mutakhir dalam negara,selepas mendiang MP Bukit Gelugor Karpal Singh suasana hingar bingar dengan "Hukum Hudud".

Mengikut urutan sejarah pertarungan politik dari arus kefahaman politik  DAP dalam arena politik Malaysia,isu paling lantang mendapat kritikan dari DAP ke atas perjuangan PAS ialah Hukum Hudud dan Negara Islam. 

Mendiang Karpal Singh,disaat akhirnya meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP dan beliau konsisten(berterusan) dengan prinsipnya menentang Hukum Hudud sejak mereka kenal perjuangan PAS

Rabu, 23 April 2014

PETRONAS lantik vendor baharu.

PETRONAS lantik vendor baharuUsaha PETRONAS membantu membangunkan bidang keusahawanan khasnya PKS(Perusahaan Kecil Sederhana) dengan mengeluar produk bagi kegunaan dalam industri petroleum dan gas.
Sumber

Hukuman penjara bagi liwat: Anwar akan fail petisyen rayuan.

Walau pun,Peguambela DSAI,mendiang Karpal Singh telah meninggalkan anakguamnya,usaha membawa Kes Liwat II ke peringkat mahkamah rayuan sedang berjalan.Tarikh akhir untuk merayu tamat esok.

Zaleha Al-Hayat, seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita pihak pembelaan akan memfailkan petisyen itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan." Berapa banyak minta maaf dah",kata Pendekar Bujang Lapok.yang penuh melucukan.

Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara,yang menyebabkan beliau gagal bertanding didalam PRK DUN Kajang baru-baru ini.Namun,Dr Wan Azizah Wan Ismail,telah berjaya memenangi DUN Kajang dengan majoriti 5329 undi.Perjuangan mesti diteruskan demi masa depan generasi.


Manusia terus bertarung digelanggang yang fasiq dek kerana kepentingan duniawi.Yang waras selamanya tidak redha terhadap kes yang dikata berlaku.


Inilah ruginya ummat Islam,apabila Islam dipermain-mainkan  dan mereka yang berkuasa cuba memanipulasi dan mengaburi orang ramai dengan pengkhianatan dendam tak kesudahan.

kredit pada berita harian.

Selasa, 22 April 2014

Suami tikam isteri kerana disyaki menipu.


Kesian.Si Isteri baru berusia 22 tahun.Gambar di bawah,isteri yang menjadi mangsa tikaman Sang Suami.

Entah permasalahan atau konflik rumahtangga apa dialami tidak diketahui. Tersiar bahawa Sang Suami meradang kerana disyaki isteri menipu beliau.Dalam keadaan dirinya dikuasai alkohol,beliau bertindak menikam isterinya.

Kesian.Itulah.
Alkohol atau arak punca bunuh sebagai pernah dicerita.


Dengan status sebagai "wealthy man" in Nanjing, China,telah dijatuhkan hukuman mati.

Sumber



Ada pihak cuba mengeruhkan pelaksanaan Hukum Hudud Brunei.

Tersiar di portal http://www.nst.com.my,yang cuba menimbulkan keraguan ke atas Hukum Hudud yang diisytihar oleh Sultan Brunei.
Brunei
Namun lain kisahnya yang tersebar di laman ini.

Panggilan tidak senonoh ke atas Hukum Hudud ditonjol oleh golongan cerdik pandai yang pakar dalam civil law mahu pun bidang syariah.

Risaunya Non-Muslim tak terkira dalam hal berkenaan serupa seperti di Malaysia.Individu berpengaruh ini pernah memperli dan menyindir terhadap Hukum Hudud.Layakkah beliau menerima gelar Pemimpin Islam Dunia?Belum tersenarai pun sebaris dengan TGNA,TGHA,DHD.

Di Parlimen Malaysia memerlukan 112 undian bagi membenarkan Enakmen Hukum Hudud Kelantan dilaksanakan.Kumpulan tertentu sudah mula resah dengan perkembangan untuk membawa Hukum Hudud ke Parlimen.


Mengikut perkembangan mutakhir, tarikh melaksanakan Hukum Hudud akan bermula dipenghujung bulan April.Maka sebarang spekulasi dan yang bersifat sejenisnya akan berkubur.Ini disahkan melalui suatu berita [....]

Paling busuk keadaan,bila UN bahagian Human Right mula mencucuk jarumnya terhadap Hukum Hudud.Jelas,halangan dalam usaha menegakkan syariah Islam telah diketahui akan diterpa satu  demi satu oleh pihak musuh.Daripada tiada langsung usaha ke arah itu,adalah terlebih baik suatu komitmen wajar disalurkan agar manusia melihat bahawa Islam merupakan agama yang lengkap lagi sempurna"Way of Life".[sumber]


Isnin, 21 April 2014

Padawan – a gateway to CAN

Kepada kaki travel dan melancong,peluang menjejaki tempat menarik mesti tak dilepaskan.Apa yang seronok sangat tu?

Di luar sana,masih banyak lokasi tak dijengah kepada orang luar mahu pun orang tempatan yang tak berkesempatan.

Bukan semua orang mampu dan berpeluang untuk melancong wa'ima di dalama negara sendiri.

Nak tau di mana sekarang?Ikuti disini.

Yang kaya and sonang duit any time kut mereka dapat going out.He..he..

Lahad Datu perlukan balai bomba baru.

KINABATANGAN: Sebuah Balai Bomba dan Penyelamat baharu diperlukan di Lahad Datu berikutan wujudnya Kawasan Klaster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata di kawasan POIC terdapat kilang dan gudang menyimpan bahan kimia dan jika berlaku kejadian tidak diingini di kawasan itu, ia memerlukan kepakaran bomba dan peralatan sesuai.

“Kementerian saya dan kerajaan negeri Sabah mengakui Lahad Datu memerlukan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat Baharu disebabkan kepesatan pembangunan perindustrian khususnya melibatkan POIC di daerah itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan yang siap dibina pada Mei 2012 dengan kos RM13 juta.
Menurut beliau biarpun sudah terdapat sebuah balai bomba dan penyelamat di Lahad Datu tetapi terdapat keperluan membina sebuah balai bomba baharu yang canggih untuk menangani insiden melibatkan bahan kimia.

Sebagai contoh, Abdul Rahman berkata pembinaan balai bomba dan penyelamat di Kimanis Papar bermula tahun ini adalah bagi menampung keperluan pembangunan pesat Terminal Minyak dan Gas Sabah di kawasan itu.
Dalam pada itu, beliau berkata bagi meningkatkan perkhidmatan udara Bomba dan Penyelamat di Sabah dan Sarawak, kementeriannya bercadang menambah helikopter sedia ada.

“Kita perlukan lebih banyak helikopter tambahan untuk memberikan perkhidmatan terbaik berikutan kawasan dua negeri ini adalah luas dan bergunung-ganang,” katanya.
Menurutnya ia akan melancarkan operasi menyelamat serta mengawal kebakaran dan memudahkan pergerakan anggota bomba terutamanya di kawasan terpencil.
Pada masa sekarang, jabatan itu sudah mempunyai sebuah helikopter yang berpangkalan di Miri, Sarawak. — Bernama.

Ahad, 20 April 2014

SPBS:Bebanan guru berkurangan 80%.

Hari ini telah 20 hari para guru perlu melalui kembali liku-liku kerja dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran (PdP).Yang tak dilupakan ialah mengenai sistem pelaksanaannya atau lebih popular sebelum ini SPBS,yang menghangatkan masyarakat.

Sekarang suasana bertukar kepangkal asalnya seperti mana  tersiar disini.

Nampaknya seruan para aktivis supaya dimansuhkan SPBS belum menunjukkan keberhasilannya.

Walaupun demikian dinyatakan bebanan guru berkurangan sebanyak 80%.Guru Oh Guru..!Diam Guru,bukan bererti mengalah,namun Guru tetap terus bangkit menyemarakkan semangat perjuangan serta keadilan didalam negara.

Rabu, 16 April 2014

Feri tenggelam,Lebih 300 orang dikhuatiri hilang.

Sebuah feri yang membawa 477 penumpang tenggelam di perairan pantai Korea Selatan,melibatkan  lebih 300 penumpang hilang,dan 164 orang  selebihnya dapat diselamat oleh pengawal pantai.Sumber


Feri karam, ratusan masih hilang

Berita sebagaimana tersiar dari sumber.



Selasa, 15 April 2014

Ibu mengaku bunuh 6 bayinya.

Seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri selepas dilahirkan.Bayangkan.Ibu tersebut mengaku membunuh enam orang bayinya.

Malangnya kehidupan seorang insan apabila telah melakukan perbuatan sedemikian.

Apa sebenarnya yang telah berlaku ke atas ibu berkenaan.Adakah beliau mengalamai sakit jiwa?

Baca selanjutnya[sumber].

Kisah disiar tersebut menerima 3448 komen pembaca setakat  entri ini ditulis.

Dunia Oh Dunia: MH370 : BANK mula hubungi keluarga mangsa pasal hutang?

Dunia Oh Dunia: MH370 : BANK mula hubungi keluarga mangsa pasal hutang?

CGC Dan DPMM Permudahkan PKS Bumi Kepada Akses Pembiayaan

KUALA LUMPUR: Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Selasa untuk mewujudkan rangka kerja bagi mengukuhkan sokongan untuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera.
Melalui MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan anggota DPMM mengenai jaminan dan kredit kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh CGC dan institusi kewangan secara umumnya

Airbus bercumbu dilapangan terbang.

View image on TwitterMengapalah ko "kiss" tang tu? Masalah pilot yang macam mana pulak nih..??Brake tak power?

Besar kerenah syarikat penerbangan Myanmar nih..

Jawab.Jangan tak jawab.Ramai akan kena siasat lepas ni.Tak kan terlepas ler kut.Asal kan tak meletup.


9 Countries That Hate America Most

Apa punca dan asbabnya 9 buah negara ni benci teramat sangat kepada Amerika boleh ikuti sehingga habis.

Tulisan asal tersiar dalam sebuah portal luar negara.Jika tak bersebab,tak kan mereka benci.

Jangan benci dibibir saja,dihati lain pulak,nanti susah pulak nak faham siapa sebelah siapa bila bergaduh.

International approval of U.S. leadership improved last year, rising from of 41% in 2012 to 46% in 2013. This ended a downward trend in U.S. approval ratings, which had consistently declined since 2009.
While people around the world tended to have positive opinions of U.S. leadership, residents of some countries had a negative impression of the United States. In five nations, more than two-thirds of those surveyed disapproved of the current administration, according to the latest U.S.-Global Leadership Project, a partnership between Meridian International Center and Gallup.

Isnin, 14 April 2014

Harta karun.Milik siapa?

pulau nangkaHarta Karun. Namun,yang sering didengar Qarun, di Mesir sewaktu dengan Firaun,Haman.Mereka kategori "lord",bila meninggal itulah disebut Harta Karun.

Suka betoil,sesetengah dari orang kita nak cari harta karun.

Yang ini kat Melaka.Usah di harap dengan bermimpi siang.Ingat,harta karun akan hanya dikuasai orang bernama sahaja @orang berpengaruh deh.[....].


Bantuan wang dapat beli kereta mengurus anak.

Bantuan RM8,000 beli kereta
Syukor pada Allah Ta'ala.

Kesukaran kami berkurang.Dengan Kuasa Allah Ta'ala,seprang Hamba Allah memberi sumbangan wang bagi memudahkan sepasang suami-isteri mengurus anaknya ke klinik atau hospital.

Semoga insan-insan bersifat dermawan lagi prihatin terhadap nasib orang lain yang perlu dibantu akan bertambah didalam masyarakat kita.

sumber.

Tunetak Tone Excel:Dah ramai jumpa lubok wang.

Jom mai faham betul-betul.And then buat self "result".

Ahad, 13 April 2014

Untuk terus melangsungkan kehidupan sanggup menerima berbagai organ diusia 3 tahun.

Ada keistimewaan yang dilalui kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ini.

Seperti anak-anak lain,ibunya  melayan secara normal mengikut usia rakan sebaya.

Beberapa pembedahan organ telah membantu anak ini untuk menikmati kehidupan diusia sebegini awal.Ramai turut simpati ke atas keadaan anak ini apabila melihat "feeding tube" dan parut yang ada pada tubuhnya.[sumber]

Sabtu, 12 April 2014

Warga Somalia berhasrat memohon pemastautin tetap terkorban dalam kemalangan.

Kemalangan bas dua tingkat di KM11, Jalan Bentong-Raub  dekat Bilut, pada jam 12.30 pagi setelah melanggar tiang elektrik dan terhumban mengakibatkan ramai cedera parah dan kematian termasuk pemandu bas berkenaan yang berusia 35 tahun dari Kelantan.

bus_M

Berita berkait dengan SPAD terhadap kemalangan tersebut disini.

Dalam kejadian tersebut kedapatan seorang warga Somalia yang berkahwin dengan rakyat Kelantan turut maut.Menurut berita,beliau memohon untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap(PR),setelah berkahwin.Isteri beliau juga turut terkorban dalam keadaan hamil empat bulan.


[sumber]

E-mail risikan USA yang digodam dedah kehilangan MH370 adalah Perancangan Amerika.

                Setelah menyelesaikan urusan kerja,diwaktu petang begini,kepala ni masih berterusan meneroka berita MH370.


                 Saya macam dah tak nak fokus kat Abbott PM Australia,teringat terngiang-ngiang dengan cerita belakang tabir.Memang banyak betul yang "outlaw"punyer teori.

                 Nanti lastly,kepala kita penuh dengan hidangan teori dan sembang pun yang tu jugak.ha..ha..

                 MH370: EMEL RISIKAN USA YANG DIGODAM DEDAH KEHILANGAN MH370 ADALAH KERJA AMERIKA


               Benda alah nilah  salah satunya yang sering disebut cerita dalam teori.Uh..uh...

               Nak kata tersesat di alam maya,harap tidak.Jika nak ikut boleh jugak.Nanti nak tunjuk.Jika dah ketemu dahulu pun cerita tu,tak kisah,janji boleh gak fikir-fikirkan.[sumber]


Berita "Hitch" dari risikan Russia.

                      Di korridor Selatan,Lautan Hindi belum berhasil walaupun dengan waktu masa melebehi satu bulan.

                       Pada awalnya,spekulasi pergerakan juga termasuk korridor Utara.Melalui laman blog,tersebar berlaku rampasan oleh orang yang digelar "Hitch" mengikut suatu sumber risikan Russia.
                      
                       Pertarungan kuasa politik digelanggang komunis dan kapitalis yang memangsakan negara kecil.

                       Masyarakat dunia mengintai siapakah sebenar dalang dalam insiden "The Miracle of MH370"[sumber].

                      Yahudi memutar,"Yang palsu sekira dimain setiap saat menjadi benar dan dipercayai".

                      Soalan berligar lagi,"Tiadakah usaha SAR di daratan?".

                      USA telah menafikan Teori Konspirasi Deigo Garcia.Kini Russia mencuba nasib dengan teori Kandahar,di kawasan di kuasai Taliban.Beranikah USA nak mengaku?Yang memang ia hebat,"kambinghitamkan" orang lain.[lihat dan baca komen pembaca]

                       Benar kah,MH370,menjadi bahan ujikaji makmal kuasa barat?Fikir-fikirkanlah.

                      Ya, Allah,berikan kami petunjuk dalam kesulitan ini dan permudahkan serta selamatkan mereka.

                      Sekiranya benar,ia perbuatan khianat dari kalangan musuhMU Ya Allah,kami serahkan padaMu balasan sewajarnya.Amin.
                       

  


Jumaat, 11 April 2014

10 negara mencatat kadar pembunuhan tertinggi didunia.

           

              Mengikut penyelidikan satu badan dunia Global Study on Homicide 2013,hampir setengah juta orang telah dengan disengajakan dibunuh dalam tahun 2012,dan pembunuhan tertumpu besar-besar di dua kawasan iaitu Amerika dan Afrika.

                Terdapat 10 buah negara didunia mencatat kadar pembunuhan yang tinggi,sebagaimana laporan dikeluarkan oleh  U.N. Office on Drugs and Crime (Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah).[....].

                 

                 

Adik tembak kakak dengan pistol.Macam tak percaya.

Stock imageAkibat kecuaian,seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun,ditembak adik berusia 2 tahun.Macam tak percaya.Itu kebenaranya yang berlaku dalam masyarakat tersangat maju di Amerika Syarikat.

[Sumber]

Perbaikan diri SPR untuk perubahan pilihanraya Malaysia.

                  Kekalkan SPR berstatus badan bebas.Benar-benar bebas mengurus dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab didalam pilihanraya di Malaysia.

                  Usah cepat teruja dengan PEMILU di Indonesia yang telah begitu distrukturkan dengan budaya dan sistem politik negara mereka.Banyak lagi tuntutan BERSIH SPR belum bersedia laksana.Untuk beralih anjakan SPR ke dimensi baru dalam kerja pilihanraya mengikut acuan Malaysia,kejujuran SPR dan ketelusan mereka dan juga integriti merupakan sebahagian ciri-ciri menjayakan pilihanraya yang adil dan bersih.

GST Bill 2014,dilulus Parlimen berjalan 1 April 2015.Adoi...Sakitnya.

                Sidang Parlimen telah meluluskan GST yang disokong leh MP BN.Ada pun GST,menurut suatu penjelasan [1] sebagai contoh di Singapura.

                Di Malaysia,tidak kurang hebat tentangannya dengan hujah suatu bentuk kezoliman baru akan melanda rakyat dengan konsep "yang kaya bertambah kaya,yang miskin bertambah miskin".[2]


                 Bermula 1 April 2015,pelaksanaan GST akan menjengah rakyat tanpa segan silu lagi.


                 Dengan sokongan 118 MP BN,dan penolakan 81 MP PR,terhadap GST,MP Selayang berpandangan "dosa hari ini ditanggung generasi masa depan"[3].Secara kronologi sudah dapat dibayangkan pandangan beliau.[rujukan selanjutnya]

             

Insiden baling kasut abad ke 21.

Dari dekat hingga jauh.Cerita "baling kasut".Bukan kat tempat kita,malah VVIP tak kurang juga jadi sasaran.[1]

Kisah  VVIP Amerika Syarikat sebagaimanaa tersiar.[2]. Belum cukup yang itu,penduduk Palestine lagi geram @marah kepada Setiausaha Agong PBB.


So,kepada cikgu@guru,atau lain penjawat awam,jaga-jaga agar kasut tak terbang kat muka.



Program Skim Myome Malaysia 2014.

               Hak orang awam memilki rumah kediaman terutama yang berpendapatan isi rumah RM3k hingga RM6k menjadi rebutan dengan pelancaran Program Skim Myhome Malaysia 2014 pada 1 April baru-baru ini.

              Andaikan ia dengan sangka baik,tidak rigid dengan berbagai kerenah,kesukaan dan rasa gembira akan terserlah pada wajah mereka yang berkeinginan.[Sumber].

             

             

Khamis, 10 April 2014

Dua tokoh berbalah Tragedi Berdarah Memali 191185.

                   Rakyat prihatin ke atas insiden berdarah di Memali,Baling,Kedah,walau menjangkau masa hampir 30 tahun lalu,191185.Kelibat Datuk Mahfuz Omar,MP(Pokok Sena) terus menghangatkan Sidang Dewan Parlimen walau usul ditolak.[1].

                  Bekas PM ketika tragedi berdarah berlaku,Mahathir dan TPM,Musa Hitam muncul mendominasi berita dilaman sosial,atau portal utama mempertikaikan pengesahan [2].

                  Gelar sesuai untuk anak kelahiran Kerala ini ialah.......S..H...I...T... setelah menentang novel Datuk Shanon Ahmad yang pernah menjadi MP di era pemerintahan beliau.

                  Kesian.......Itulah penyiksaan di tunjuk oleh Allah Ta'ala di atas dunia.Wallahhu a'lam.

Peluang pekerjaan dengan pembinaan Kompleks Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemical di Gebeng,Kuantan.

                  Khazanah sumber kekayaan negara salah satunya petroleum dan gas.Pembangunan industri petrokimia di Gebeng,Kuantan,Pahang telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat sebagai dinyata disini.

                 Di Kawasan Industri Gebeng,terdapat syarikat multinasional dan antarabangsa menjalankan pemprosesan pengeluaran  produk aroma.

                 Pelaburan berjumlah RM1.5billion bakal menjadikan Kawasan Perindustrian Gebeng sebagai pusat utama pengeluaran bahan petrokimia bernilai tinggi di Asia Pasifik.Ia melibatkan syarikat kimia utama dunia BASF dan Petronas,syarikat minyak Malaysia.

                 Sebuah Kompleks Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemicals di kawasan perindustrian Gebeng di sini,dijangka siap pada tahun 2016.

                 Industri  dengan kecanggihan teknologi dan inovasi Jerman di BASF Petronas Chemicals ini, mampu menghasilkan kimia khusus dalam bentuk bahan beraroma, yang memenuhi strategi  untuk menjadi industri berasaskan pengetahuan dan negara berpendapatan tinggi.

                Peluang pekerjaan dalam berbagai bidang teknikal sedang menunggu personel yang layak melaksanakan kerja-kerja berkemahiran tinggi.

                kredit pada the sundaily


Tak terkejut jika tumbuh "stalaktait" di bangunan.

               Post sebelum menyebut lima kementerian  diminta memberi penjelasan dalam Laporan Ketua Audit Negara,

               Salah satunya Kementerian Pendidikan melibatkan sebuah insititusi pengajian tinggi,sebagaimana disiar sebuah portal di sini.

               Lain-lain kementerian bakal tersiar dalam masa terdekat.Walau pun begitu,saranan berupa peringatan menjadi tanggungajwab ketua yang mengutamakan integriti didalam tindakan.

Rabu, 9 April 2014

SPR wajar tingkatkan mutukerja sebagai badan bebas.

                   
                        Pilihan raya umum di Indonesia diadakan untuk memilih ketua negara, iaitu Presiden Indonesia, serta juga untuk Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dewan perundangannya. Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh lima tahun.
Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada calon-calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk membentuk kerajaaan campuran.
Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sembilanpilihan raya umum, iaitu pada tahun 19551971197719821987199219971999, dan 2004:

JULAI 2014 telah ditetapkan sebagai tarikh Republik Indonesia mengadakan pilihan raya Presiden, bagi memilih Presiden baharu menggantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono daripada Parti Demokrat yang akan tamat tempoh pemerintahan selama dua penggal.

Sebelum itu, pilihan raya umum Indonesia bagi merebut kerusi Parlimen akan diadakan pada 9 April.

Setakat ini beberapa nama telah disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan Presiden termasuk bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri daripada Parti Golkar dan calon Parti Amanat Nasional (PAN), Hatta Rajasa.
Wartawan luar negara, Azrul Hakimie Anuer sempat menemubual Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut tentang kedua-dua pilihan raya itu di Indonesia.[1]

Dengan kehadiran Pengerusi SPR Malaysia ke Indonesia di atas jemputan Komisi Pemilihan Umum (KPU) memberi gambaran sesuatu ide pelan tindakan baru perlu dilakukan didalam sistem pilihanraya di Malaysia.[2]



Blogger news