Assalamualaikum wbt.
Hari ini 12Mei 2014,juga 12Rejab 1435.Nak ingat kekerapan berlaku bersamaan tarikh sedemikian taklah larat,bagilah kepada yang arif menganalisis tentang kalendar.
Dalam post ini,kesempurnaan persembahannya terserah di atas pembaca.Dalam keadaan cuaca panas sedang dirasai setiap orang,amat dialu-alukan langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlaku kebakaran dititikberatkan.Sekaligus mengingat diri sendiri mengenai penggunaan elektrik dirumah,juga di pejabat,seperti pendingin hawa dan kipas.
Apa kaitan cuaca panas dan alat-alatan mendingin tubuh badan.Itu ditempat teduh didalam bangunan.
Orang nelayan,petani,pembina bangunan dan seangkatan yang terdedah pada cahaya matahari,ia sudah sebati.Jika tidak begitu,macam mana pulak nak cari rezeki menanggung keluarga?
Teringat peristiwa yang berlaku di sebelah utara negara hari ini.Walau terdedah kepada cahaya matahari,telah menjadi suatu amalan mengarakkan orang untuk sesuatu kerjabuat penting.Maksudnya,orang kita berarak beramai-ramai dijalan raya bagi suatu tujuan khusus,walaupun berkilometer jaraknya dan juga melalui cuaca panas.Hal tersebut dipersetujui oleh pihak berkepentingan dan tidaklah untuk mencetus haru-biru kekecohan.
12Mei2014(120514)satu detik yang ber sejarah kepada rakyat warganegara Malaysia menyaksikan beberapa parti politik menghantar wakil pada hari penamaan calon dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang.Dengan wakil tersebut ia mengesahkan siapa calon yang bakal diundi oleh pengundi didalam kawasan berkenaan.Oleh itu,cuaca panas pada hari ini bukanlah menjadi halangan kepada penyokong untuk mengiringi calon berkenaan.
Penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gelugor P51, menjadi penanda aras ke atas kewibawaan seseorang calon yang bertanding.Bukan secara khusus,malahan begitulah adanya apabila berlaku kekosongan DUN atau Parlimen.
Berapa undi bakal diraih oleh calon yang bertanding nanti,warga Bukit Gelugorlah tentukan.Berdasar Daftar Pemilih Induk PRU13,parlimen ini mengandungi 82,431 pemilih berdaftar.
Pada adatnya,mengambil tapak kemenangan dahulu,calon bertanding yang akan dipilih pada 21Mei2014 nanti bukan nak kata,besar harapan pewarisnya juga bakal menjadi pemenang.Melihat rekod PRU13,mendiang Karpal Singh telah meninggal jauh calon BN dengan kajoriti sangat besar.(Menang bergaya).
Dengan pencapaian 55,839 undi diperolehi DAP,majoriti 42,706.BN memperolehi 13,597 undi.
Pada kali ini,PR berdepan dengan saingan calon parti bebas dan sebuah parti yang baru muncul.
Ikut mana pun,PR memang mahu kekalkan majoriti besar melalui calon Ramkarpal Singh Deo A/L Karpal Singh.
Harap-harap semuanya berjalan lancar sehingga keputusan diisytiharkan pada malam 22Mei nanti.Oh..!Tidak..adakah masalah DAP dengan ROS belum selesai yang boleh menyebabkan timbul persoalan kesahihan penamaan calon DAP? nak tahu jugak sepatah.Bagaimana tu weh?Isu DAP dengan ROS ada.Berdasarkan urutan perbicaraan,ianya belum dimuktamadkan.So bagaimana status calon DAP yang dinobat hari ini,sama ada diterima oleh SPR..Mahu faham jugak lah weh.
Tiadalah sebarang cetusan yang menghuru-harakan keadaan disepanjang berkempen dan pada hari mengundi hendaknya.Itulah ekspektasi semua warga negara Malaysia.
Sentuhan rasa dari malaysiakini
Bagaimana pula laporan Harakahdaily.
Cukup-cukuplah Tok Jib
Masih ada tak puas hati ker?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan