Isnin, 12 Mei 2014

15,700 jururawat baru diambil berperingkat.

Assalamualaikum wbt.

Post yang jelas mengenai bidang jururawat.Bukan kisah jururawat mahu pun apa-apa hal peribadi jururawat.Tak senonoh jika cerita fasal jururawat.Yang terkini berita jururawat.

Rakyat Malaysia berpeluang menceburi bidang kejururawatan(nursing) apabila sebegitu ramai bilangannya akan diambil sebagai jururawat baru.



Tersengeh senyum jika yang terpilih tu merupakan sanak saudara atau sahabat handai,ap..ja lagi jika ianya adik beradik dalam keluarga sendiri.Wah...!! nak jadi misi.

Aku paling takut misi cucuk jarum kat gusi bila nak cabut gigi.Wow...!!ergghhh..!!sakitttt...!Nah jarum dah masuk..waduh...kebas..kebas....tunggu..! nanti doktor gigi pulas and cabut gigi lu.

Tersiar di media bahawa seramai 15,700 jururawat baharu akan diambil secara berperingkat,demikian mengikut maklumat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr  S.Subramaniam.

Sebelum kata okeylah jururawat,orang ramai tahu bahawa jururawat merupakan pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat dimana saja dihantar selepas tamat berkursus.

Akhir kalam,nak peringat pada bakal jururawat,"wahai jururawat,ingatlah sentiasa bahawa,jururawat bakal  berdepan orang sakit sepanjang bergelar(menjawat) jawatan jururawat.Maka ujian ke atas kamu adalah kesaboran dan berlemah lembut",maka ingatlah Kebesaran Allah didalam merawat pesakit.

Jururawat juga bakal sakit kerana mereka juga manusia seperti pesakit lain.Jika sesuai kerjaya ini,bertawakkallah pada Allah.Namun,jika bukan pilihan yang tidak diizin dari Tuhan Maha Pencipta,mungkin boleh berikhtiar kepada bidang lain.

Tiada ulasan:

Blogger news