Sabtu, 17 Mei 2014

Ceriakah Guru di Hari Guru didalam kecelaruan politik negara?

Sempena Perayaan Hari Guru Malaysia Kali ke 34,seramai 5 000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP) Gred DG29,DG32,DG34,akan dinaikkan pangkat ke gred DG42 tahun ini,demikian dilapor didalam media arus perdana negara,sebagaimana dinyata oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.[sini]

Secara sedar,kedapatan rakan guru baru  sahaja mengisi borang untuk dinaikkan ke gred DG42,mereka baru juga tamat program pensiswazahan.Perkembangan baik,paling baru sekitar bulan Mac atau April baru-baru ini.Di sekolah saya bertugas,paling kurang dua orang,kedua-dua Guru Matapelajaran Agama Islam.(Ustaz dan ustazah).

Tahniah dengan pernyataan/pengumuman TPM yang menggembirakan Warga Guru 1Malaysia tempoh hari.

Selain guru terlibat didalam kategori di atas,kedengaran berita@maklumat dari rakan se gred(DG34),iaitu sama ada berpangkat Guru Besar ditaraf DG34 atau DG38,mahu pun Guru Penolong Kanan DG34,yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun dan berusia 50 tahun lebih akan dinaikkan pangkat ke gred DG42,dengan syarat dikehendaki mengikuti 6 bulan kursus iaitu 3 bulan di maktab dan 3 bulan di sekolah.Menurut maklumat yang belum rasmi tersebut,kursus berkenaan akan bermula bulan Julai.

Berdasar berita sempena Hari Guru baru ini,aku cuba memerhati jika apa aku sebut di atas ada dihurai lebih lanjut.Kumpulan yang terbabit ini merupakan yang tidak berpeluang@tidak belajar mengikuti program pensiswazahan.

Nak belajar,syarat usia dah terlepas,lainlah dengan  guru  yang berusis 45 tahun, dua tiga tahun lalu mereka berpeluang belajar dan  dikerah supaya belajar mengikut opsyen masing-masing sehingga merangkul Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Itu kelebihan kementerian pendidikan,ada bagusnya,tapi banyak onar and karenah dek dicemar unsur sampingan lain.Sama jugak dulu,guru-guru lulusan SPM/MCE/STPM/Diploma dikategori didalam Bukan Siswazah,dan yang sana tu Siswazah.

Ya,tak semuanya sempurna,namun untuk ke arah kesempurnaan,usah diambil masa terlalu lama.

Berita versi siaran nst;

Some 5,000 teachers will be promoted to Grade DG42 this year as part of a new integrated service scheme, which came into effect on Jan 1.

At the National Teachers Day celebration yesterday, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said education service officers (PPP) eligible for the promotion were currently on salary grades DG29, DG32, DG34 and DG38.[here]

Kata rakan tadi,"Kita tunggu pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Hari Guru nanti".

Tiada ulasan:

Blogger news