Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Khabar berita bertiup mengatakan tiga lagi ADUN UMNO akan keluar UMNO,sebagaimana dikata awal oleh mantan MB Datuk Ahmad Said,dinafikan oleh ketiga-tiga mereka.
ADUN yang dikata akan keluar adalah ADUN Kemasik,Hulu Besut dan Permaisuri.
Kedapatan pandangan menyatakan dua ADUN,Bkt Besi dan Ajil mempunyai permasalahan peribadi,yang menyebabkan keluar,ditambah bahawa mereka pengikut setia kepada Datuk Ahmad Said.
Entahlah,apa lagi yang sedang difikir oleh Datuk Ahmad Said untuk menarik sokongan mengikut jejak beliau tidaklah diketahui.
Pemimpin nombor 2 UMNO,Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitakan terbang ke Kuala Terengganu hari ini bagi menangani krisis didalam keluarga sendiri(UMNO).Sama ada beliau berjaya menarik semula ketiga-tiga ADUN tersebut,belum lah dapat diketahui akan keputusan perbincangan.
Berbagai teori penyelesaian krisis timbul,dari peringkat bergelar YB hingga ke peringkat professor.
Menurut berita terbaru, MB baru akan memulakan tugas esok sebagaimana disiar suatu portal media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan