Macam terkena pukau,ketiga-tiga ADUN UMNOBN Terengganu yang dikata keluar UMNO pada hari Selasa,kelmarin,tetapi hari ini Rabu,lain dah pulak cerita yang disiar di portal media.
Cukup untuk dipermain,menyebab rakyat Terengganau hingar bangar sejurus.Asalkan pemimpin-pemimpin PAS bersikapa tenang serta waras,mujur baru,kerana sebagaimana kata,pelawak dan pelakon didalam Filem Pendekar Bujang Lapok, Sudin,.".Alif,Mim,tendang Wau...Sarkas." So,sungguh benarlah bagai dikata,"UMNO adalah Sarkas".
Rakyat mesti menilai semula sematang-matangnya terhadap geraklangkah serta sikap helah dan hipokrit yang ditayang saban masa dari dulu,kini dan selamanya.
Tak perlulah pemimpin-pemimpin PR nak bergopoh-gapah mengejar bayangan yang dilakon oleh pemimpin politik UMNOBN.
Di atas lakonan permainan wayang,ianya memberi iktibar kepada semua warga rakyat Terengganu,wa'ima dari peringkat murid sekolah hinggalah ke peringkat warga emas.
Dengan insiden singkat kelmarin,berbetulan 13Mei,dan UMNO pun baru saja menyambut Ulang Tahun Ke 68,tercatat didalam sejarah politik tanah air suatu lagi perjalanan politik yang cuba menjerat pihak parti pembangkang agar terpedaya dengan ulang tayang insiden di Perak.Ya,....Orang Melayu Islam yang berIman tidak akan lupa akan kejadian yang berlaku dari perbuatan dan kebobrokan pemimpin UMNO digelanggang politik tanah air.
Dari gerakgeri sikap pemimpin PR didalam waktu singkat kelmarin,UMNO dapat baca betapa ghairahnya PAS dan PKR untuk mengambil langkah bersedia untuk menghadapi pilihanraya.
Oh...!!Tak semudahnya mereka untuk melepaskan negeri minyak kepada PAS dan PR.Alangkah bijak nya mereka,membuat tarian didepan rakyat,demi mengaburi penglihatan rakyat.
Sebenornya,rakyat mengerti apakah jenis permainan yang ditunjukkan oleh UMNO.Dalam erti kata lain,orang Terengganu telah dipermain dan diperbodoh oleh kalangan orang politik yang kurang siuman.Jika siuman,masakan bertindak sedemikian.
Masa untuk rakyat Terengganu mengajar mereka secukupnya masih terbentang luas didepan.Hanya menunggu PRU14,yang sedang menanti paling lewat pun tahun 2018.Nak ajar buah pukulan apa kat mereka-mereka tu,terserahlah.
Sebelum tu,bacalah berterusan Qunut Nazilah sebagaimana diajar oleh al-Quran serta di amal oleh para alim ulama dalam menghadapi berbagai tribulasi disepanjang jalan dakwah.
sumber
Lihat peristiwa yang berlaku di Putra Jaya pulak.
Media personnel gather at two locations in Putrajaya
Posted on May 14, 2014, Wednesday
PUTRAJAYA: Media personnel gathered at the compound of Perdana Putra and Seri Perdana here today to await a meeting between the new Terengganu Menteri Besar and state assemblymen with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, which is said scheduled to take place in the federal government administrative centre.
It was reported that media representatives began gathering since 8 am in the two locations, expected to be the venue for the meeting.
It was business as usual at Perdana Putra, the Prime Minister’s Department complex and Seri Perdana, the Prime Minister’s official residence.
The official car that brought the Prime Minister was seen entering the Perdana Putra complex at about 9 am.
Normally the Prime Minister will chair the cabinet meeting on Wednesdays.
Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman was reported to have said in Kuala Terengganu today that he and the state assemblymen would meet with Najib in Putrajaya today — BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman tiba di Bangunan Perdana Putra di sini bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Beliau yang menaiki kereta Mercedez Benz berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TAR76 tiba kira-kira 11.30 pagi Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu dijadualkan bertemu Perdana Menteri selepas mesyuarat Kabinet untuk membincangkan situasi terkini kemelut politik Terengganu.
Terdahulu, Perdana Menteri memasuki pekarangan Perdana Putra pada pukul 9 pagi untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi Rabu.
Kenderaan rasmi yang membawa Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mula memasuki kawasan perkarangan beberapa minit kemudian.
Sejak pukul 8 pagi, petugas media berkumpul di perkarangan Perdana Putra dan Seri Perdana di sini, menanti pertemuan Ahmad Razif dan Adun bersama Perdana Menteri yang dilapor akan berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Wakil media mula berkumpul di kedua-dua lokasi, yang berkemungkinan menjadi lokasi pertemuan berkenaan.
Urusan di kawasan Perdana Putra iaitu Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia berjalan seperti biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan