Hah..itulah nak tutup setakat mana gak sesuatu desas desus berita.Habih orang berpengaruh digunapakai nak back up.Dah tak boleh pakai pun,bila yang sah sohih keluar tersebar.Kan gitu lazimnya.Kan Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan jumpa semua ADUN BN petang ini,demikian tersiar di FMT.
Keadaan berita orang politik,memang gitu.Sekejap ya,sekejap tidak.Susah betul.Nak senang usah baca berita politik,kerana memeningkan kepala.
Namun,kepada penulis Blog Otakmusing,Dari Cetusan OAMS,sekali lagi berita Datuk Seri Ahmad Said,MB Terengganu,yang begitu hangat diperkata dan dibicara rakyat negeri Penyu Menangis,semakin menjadi nyata jadinya.
Tersebar melalui laman sosial blog ini,kepada orang Ganukite,dengarlah khabar perisitiwa selanjutnya pada malam ini berkaitan upacara mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pulak.
Di atas peristiwa sebegini,ada dikalangan rakyat tersangat happy,firstly orang tersayang and family...and then barulah and the gengs.
Namun,kepada orang politik tulen,no news is a goog news.
Bak kata iklan,"Barang lama,tukar maru".
Aku nak dengar seterusnya dari sumber-sumber sohih lagi molek.

Nak cakap aper erk...Oghang GanuKite jangan lupa,,,nama sahaja lain,tapi cap tetap sama,tak bertukar,masih dacing..he..he..
Lihat olahan Omakkau lak pasai cerita-cerita negeri Ganu.Jangan kejut jika ada cerita bumbung runtuh lagi.Waduh...sakit...sakit..trek nih weh..
Tulisan tertera dikain pemidang yang dipasang dihadapan TM Point Dungun.Gambar berita ini tersebar viral dilaman FB.
Kepada OAMS,tidaklah pula diketahui pihak mana yang memasang kain tersebut.
KAMI PEMUDA
UMNO TERENGGANU AKAN
MOGOK LAPAR SEMINGGU
SEKIRANYA
DATO' AHMAD SAID DITURUNKAN.
KAMI SENANG KERANA DATO' AHMAD SAID.
Ya, inilah oghang kita.Betul kah sanggup mogok lapar???Jika penganut agama lain,tak usah sebutlah deh..memang nekad.
Perangai yang ditertawakan oleh ramai orang kut..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan