Assalamualaikum wbt and Salam Sejahtera.
Orang bertanya,"Awak bersekolah dimana?"Yang pemalu mempunyai alasan untuk tersipu-sipu jawab soalan itu.Kepada yang bersahaja,ia berfikir itu tak ada problem kut.Dan cuba bagitau dimana dia bersekolah.Bagaimana pula yang dididik dan diajar supaya bangga dimana sahaja ia berada,waima didalaam tanah??Jenis ini tak susah,satu soalan ditanya,ia akan bercerita dua muka surat A4..kut...ha..ha..
Huhu..huhu..ramainya Guru naik pangkat.
Pengenalan di atas untuk menggambarkan,kesan bersekolah.Dengan jenama sekolah ianya bakal melonjakkan ego seseorang,begitu sebaliknya.Sebut sahaja SBP yang wujud diserata negara,dan sebut sahaja sekolah harian yang barangkali diambil hirau atau tidak oleh sesiapa yang tak berkaitan...eh..teruknyer statement aku ni..!!Biar betul,,apa yang ditulis. 70-30,I dare to say so.
Arus perkembangan dunia pendidikan di Malaysia,bagaikan suatu pusaran air yang deras dan mengalir laju.Lajunya pergerakan itu,sedar tak sedar apabila naiknya seorang menteri baru membawa ide dan gagasan sepanjang berada dikementerian pendidikan.Tapi,usah lupa,kementerian pendidikan inilah yang sejak kebelakangan ini telah membangkitkan semangat baru guru-guru untuk bersetuju tidak bersetuju dengan program di atas talian yang dipasakkan ke atas kepala guru.Hasilnya,satu demi satu diantara beberapa program tersebut sedang menuju ke penghujungnya.It is on the soft landing.
Para guru,pensyarah,professor,ibu bapa menyedari isu-isu berbangkit yang membebankan tugas guru yang sudah pun banyak,ditambah lagi dengan kerja-kerja pentaksiran SPPBS di atas talian,dan lain-lain kerja perkeranian.Woowww..!!!Berbagai karekatur mengenai isu ini terdedah lewat media maya untuk menyampaikan mesej kepada semua orang tentang dunia pendidikan masa kini.Ya,baru sahaja guru merasa lega sedikit,dengan pengurangan kerja di atas talian sebanyak 80%,berkaitan SPPBS.
Kepada guru muda yang agresif lagi inovatif,tentu mengejar insentif tersedia ada dari kementerian pendidikan.Saban tahun ,para guru menyambut Hari Guru,pada 16Mei.
Kali ini dengan tema berbunyi Guru:Pencetus Kreativiti,Penjana Inovasi.
Kepada Warga Guru seluruh negara,diucapkan SELAMAT HARI GURU KALI KE 43.
Para Guru tetap insan sebagaimana insan lain,ia bukanlah robot.Oleh itu kepada Pak Menteri,dan pegawai atasan,ingatlah dari mana asal datang,jika tidak dari sekolah rendah,menengah dan seterusnya ke universiti.Hanya para guru tidaklah diminta dibebankan dengan berbagai teori dan program yang ada kalanya tersembunyi agenda tertentu dari kalangan orang -orang berkepentingan di atasan.
Sistem pendidikan Malaysia juga sedang berdepan dengan persaingan sistem pendidikan dari kalangan negara jiran terdekat.Ini jelas sekali menggambarkan bahawa terdapat sesuatu tidak kena
walaupun sedang berhempas pulas untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dimata dunia.
Tersebar dimedia,bahawa kedudukan sistem pendidikan kita terkebelakang jika dibanding dengan Vietnam,ini difokus kepada subjek sains dan matematik.Isunya,dimana tak kenanya sistem kita atau orang Malaysia mempunyai sesuatu penyakit yang menyebabkan tergendala mengejar prestasi lebih baik berbanding Vietnam?
Vietnam,negara baru lepas perang.Adakah mereka mempelajari sesuatu dari peristiwa yang meranapkan Nagasaki dan Hiroshima Jepun?Barangkali jugak.
So,Malaysia,wa'ima saban tahun menyambut Hari Guru,melafazkan ikrar guru,menyanyikan lagu Guru Malaysia,memberi berbagai anugerah kepada guru,dan bermacam sijil penghargaan,disana,sebenarnya,campurtangan kuasa politik terlalu dominan yang boleh membuatkan para guru semakin menjauhkan diri untuk memberi undi kepada parti UMNOBN.
Ada sesiapa yang bersedia untuk setuju tidak bersetuju dengan senario ini,,dipersilakan memberikan sebab mengapa UMNO harus mengekalkan talian hayat politiknya di negara ini.
Malahan,perlantikan menteri pendidikan ialah melalui kerusi UMNOBN,yang datangnya melalui undian yang penuh manipulasi pada ketika PRU.Adalah ditakuti suatu masa nanti,menteri terus menerus mempunyai agenda sulit tersendiri disamping menjawat jawatan sebagai seorang menteri,yang mana fokus asal kepada bidang portfolio semakin terabai dek kerana sudah terlihat berbagai peluang cerah untuk membina kekayaan.
Siapa sebenarnya yang memain peranan dan dalang dalam pentadbiran pemerintahan Malaysia.Najib atau Mahathir?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan