Sabtu, 10 Mei 2014

Ramkarpal Singh Deo calon di Bukit Gelugor.

Mengambil pendekatan demokrasi,seseorang yang mampu dan termasuk syarat layak,boleh menyerah borang pencalonan dengan adanya pencadang dan penyokong dan sejumlah wang deposit.Kepada rakyat Malaysia yang terbuka,trend menyertai pilihanraya bakal mempamerkan wajah baru dalam tempoh waktu kedepan,apabila rakyat telah mengerti aspek politik,kekuasaan,pemerintahan,undang-undang dan kehakiman yang semakin tercalar.




Sama ada di barat mahu pun timur,aspek keadilan didalam pemerintahan,iaitu ketelusan undang-undang,kehakiman dan sistem politik yang sepatut berjalan dengan baik,menjadi idaman orang politik serta aktivis politik dan aktivis masyarakat.Menuntut keadilan dalam erti yang melepasi  sempadan politik,dan bukan itu semata-mata,kerana adanya dendam politik ke atas musuh politik tidak akan menyelamatkan keadaan negara,yang dikehendaki ialah adanya perlaksanaan undang-undang yang tidak disogok dengan unsur rasuah atau desakan pihak politik dalam menjatuhkan hukuman,malahan lebih mudah dikatakan ianya undang-undang sarang labah-labah.Hanyaa bilis yang kena,dan jerung tetap terlepas.Itu maksud simplenya.

Suara seorang bergelar YB di dalam DUN atau Parlimen penuh bermakna,dan bukan untuk suatu kesukaan.Jauh sekali dari semata-mata untuk menuntut elaun dan gaji seorang Yang Berhormat.Corak politik tanah air semakin berubah,selepas PRU13,dan ia nya semakin menyerlah lagi menjelang PRU14,kerana di ketika masa tersebut,berbagai kebarangkalian dan faktor dalaman dan luaran negara bakal mempengaruhi undian pengundi kepada calon bertanding.

Keterlibatan ayah dan anak didalam dunia politik menunjukkan bahawa ianya keadaan yang sedang berjalan di tanah air sejak dari dahulu lagi sehingga ke hari ini dan seterusnya.Ini jelas terpampang didepan mata kita sebagai rakyat yang celik politik.

PRK Parlimen Bukit Gelugor sekali lagi membuktikan apa disebut diatas dan bakal disaksikan oleh rakyat dalam masa terdekat Disini.



Tiada ulasan:

Blogger news