Baru sekejap sempat menyelinap sambil berehat selepas balik menghantar buah mempelam kat rakan-rakan di sekolah.Badan pun masih lagi berpeluh,setelah minum kopi halia bara...bertambah lah lagi.
Sebelum ni ada post mengenai Mejar Zaidi yang dibicara dengan tujuh pendakwaan.Perbicaraan bermula
10 Jun hingga 12 Jun 2014.
Berita perbicaraan beliau tersiar di portal di sini.Mengikut berita seterusnya disini,usaha murni tersebut semoga diberkati oleh Allah swt.
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” –Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Doakan semoga dikurniakan kekuatan dan pertolongan oleh Allah swt kepada Mejar Zaidi didalam menghadapi ujian berkenaan.Wallahhu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan