
Rakyat negara Malaysia yang mengundi dalam PRU13 bulan Mei 2013 lalu wajar mengingati suatu kes bersejarah didalam pilihanraya umum Malaysia berkaitan penggunaan dakwat kekal semasa hari mengundi.
Negara dikejut dengan isu Dakwat Kekal yang tidak kekal yang dicerita sebarluaskan di media maya,dan HP atau lain media komunikasi.
Apa berlaku?
Belum pernah terdengar seorang Hamba Allah yang berkhidmat didalam tentera cuba membocorkan sesuatu info dengan apa cara sekali pun ke pada orang awam,melainkan sebagaimana berlaku didalam PRU13 baru lalu.
Insiden tersebut menimpa seorang tentera berpangkat Mejar.Inilah sejarah pertarungan antara kebenaran melawan kepalsuan/kebathilan dalam pilihanraya Malaysia.Tidaklah menjadi kehairanan,apabila seseorang terdidik jiwa serta aqidahnya dengan aqidah Islam yang mantap,pastinya akan bangkit menyatakan kebenaran wa'ima dirinya diambang berisiko dengan tindakan disiplin.
Doakan moga-moga perbicaraan yang bakal dilalui beberapa hari lagi diiringi sokongan penuh bersemangat kental rakyat yang mahukan keadilan didalam pemerintahan negara
turut membanjiri mahkamah pada saat ketika bersidangnya perbicaraan kes Mejar Zaidi,
Doakan semoga diturunkan pertolongan dari Allah swt untuk dipermudahkan urusan dan beliau dibebaskan dari pendakwaan@pertuduhan dalam kes dakwat kekal.[sumber]
1 ulasan:
thanks for sharing...
# terima kasih sudi join... blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html
Catat Ulasan