Sabtu, 10 Mei 2014

Maksiat berleluasa akibat manusia tinggalkan ajaran agama.

FotoDari gambar sudah cukup untuk menceritakan jenis kegiatan yang dijalankan.Pihak berkepentingan tidak segan silu mengambil kesempatan,walaupun disisi peraturan perbandaran perniagaan di jalankan secara haram tanpa lesen.Dibandar besar,kegiatan sedemikian berselindung dalam berbagai rupabentuk,bukan dipusat hiburan semata-mata.


Kegiatan yang boleh dikategori maksiat,malah boleh mencetus kepada lain-lain kegiatan jenayah dan persundalan.Kedatangan mereka dari negara-negara jiran sebagaimana lazim sebagai pelawat(pas visa),oleh kerana nasib malang tak siapa tahu,melalui operasi Ops Noda,keasyikan pelanggan berada disitu,telah terperangkap dengan serbuan dari 13 orang pegawai  dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

 Inilah unsur yang menempa bala ke dalam masyarakat dan negara.Tidak musykil masih banyak kegiatan maksiat lain bergerak secara haram di bandar besar.

Andai persoalan penguatkuasaan undang-undang didalam negara bergerak serentak dengan efisyen tanpa terdapat lompang-lompang ketembusan,mahu berkata ia menjadi zero defect,agak keterlaluan.Disisi agama ia memang kegiatan haram yang ditegah oleh syarak dengan memperolehi pendapatan dari sumber haram.

Usah berfikiran dekat terhadap penglibatan anak gadis didalam kegiatan sedemikian.Hancur kehidupan individu lain ada berkaitan dengan tempat-tempat kegiatan yang ada dibentengi oleh kumpulan gengster yang turut mengharap dapat menyambung nyawa dengan pendapatan wang gelap dari taukeh-taukeh premis.

Inilah gambaran menandakan bahawa dunia berada di akhir zaman dengan berbagai perlakuan maksiat yang merosakkan alam budaya kehidupan yang sepatutnya boleh dilalui dengan aman dan selesa.

Pendidikan akhlak serta kerohanian bermula dari rumah bersama keluarga.Keelokannya bermula dari ketua keluarga bersama isteri dan anak-anak.

Buruk atau baik nama keluarga ia berpunca dengan akhlak ahli -ahlinya demikian juga masyarakat seterusnya negara.

Runtuh keluarga kerana akhlak penghuninya demikian pula negara,runtuhnya negara kerana akhlak pemimpin dan rakyat sudah tidak lagi terkawal sehingga tergelincir dari landasan agama.
kredit kepada metro


Tiada ulasan:

Blogger news