Tidak salah atau silap lagi,bila Myanmar menganggotai ASEAN,isu etnik Rohingya wajar dicakna sebaiknya.Sejarah Malaysia menangani pelarian "orang hanyut Vietnam" satu ketika dulu dengan kerjasama UNCHR,juga tidak terlepas dari berbagai respons dari rakyat tempatan dan kerajaan sendiri.Apa lagi,jika tak disebut,kerjasama diplomatik ia bagai tak sempurna.
Satu langkah telah diambil oleh OIC,iaitu dengan melantik bekas Menteri Luar Malaysia,bagi memikul amanah mengambil cakna tentang urusan kaum Rohingya agar dapat diselesaikan secara bijaksana dengan pemerintah Myanmar.Kesimpulannya untuk mewujudkan suatu persekitaran yang boleh diterima oleh rakyat majoriti Myanmar bukan Muslim agar dapat membina kehidupan baru bersama Kaum Rohingya.
Dengan langkah demikian,tindakan selanjutnya besar kewajarannya agar dapat dibawa berunding pihak ekstrim dari kumpulan yang melakukan kerja-kerja kejam sebelum ini ke meja perundingan dengan kerjasama pihak kerajaan Myanmar di bawaha seliaan PBB dan UNHCR dalam aspek memberi perlindungan penempatan kepada rakyat Rohingya Muslim.
OIC,melalui Setiausaha Agungnya,Iyad Amin Madani telah melantik bekas Menteri Luar Malaysia Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai duta khas OIC ke Myanmar.
Isu penindasan dan kekejaman ke atas Kaum Muslim Rohingya bukan isu baru,malahan berlaku sejak dari pejajahan British ke atas India,yang melibatkan berlakunya perang India Pakistan sehingga berpecah kepada Bangladesh.Lihat pandangan seorang penuis yang beliau juga seorang wartawan sebagaimana artikelnya tersiar dilaman portal disini.
Sebagai Muslim,sumbangan kepada saudara seagama Rohingya tertakluklah kepada keupayaan kekuatan yang mampu dihulurkan dalam lingkungan diizinkan oleh negara dan perundangan,sama ada secara individu atau secara kolektif.
Namun,sekatan-sekatan,halangan dari negara jiran tetap tidak dapat dielakkan dalam memberi bantuan kemanusiaan sebagaimana menerima mereka dengan status PATI yang sering kali berdepan dengan kerja-kerja operasi pihak penguatkuasa negara membenteras kedatangan PATI.
Hanya jauhari yang mengenal manikam,dalam konteks menangani PATI,wa'ima dengan bermain lakonan selagi mana ia mengandungi sifat-sifat perikemanusiaan sehinggalah suatu keputusan bersama antara dua negara atau tiga negara mampu dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan