Jumaat, 16 Mei 2014

Bacalah serta kaji amalkanlah Surah Al'Asr untuk berada dilandasan betul.

Membaca pandangan dari seorang berilmu sudah tentu lebih kemas mengenai sesuatu isu atau perkara.Masih juga sempat aku menyelinap untuk mencari apa-apa perlu difikir.

Perkara berkait Hukum Hudud masih menjadi perbicaraan dikalangan rakyat Malaysia.Inilah kehebatan sesuatu yang datang dari Tuhan Maha Pencipta.Inilah kebesaran Allah Ta'ala menjadikan ayat-ayatNya untuk diterjemah kedalam kehidupan manusia secara penuh berhemah dan berhikmah.Kitab suci al-Quran menjadi pedoman dan pegangan amalan dalam kehidupan seseorang Muslim dan Muslimah.




Perbicaraan  mengenai Hukum Hudud,pada hari ini Jumaat,dilaman portal Sinarharian,sebagai seorang ilmuan selaku Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, 

“Penangguhan ini perlu kerana situasi Malaysia berbeza dgn Brunei, Pakistan dan Sudan. Negara-negara berkenaan mempunyai majoriti orang Islam melebihi 80 peratus.

“Lagipun perlembagaan negara ini tidak begitu jelas membenarkan hudud. Ada beberapa isu yang kontroversi. Yang penting penangguhan ini memberi ruang konsensus antara Pas dan Umno mengenai isu-isu berbangkit daripada hudud ini,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Tentunya kedudukan professor di UIAM lebih terbuka,walaupun masih digugat oleh UMNO demi menjejaskan pengaruh pro-pakatan rakyat.


Lihat laman disini untuk lebih lanjut mengenai Majlis Professor Negara.

Memang benar untuk dirujuk kepada kepelbagaian bangsa yang dijadikan Allah Ta'ala di muka Bumi,ianya mengandungi 1001 hikmah,khusus kepada yang mahu memikirkannya terutama didalam usaha menegakkkan dan melaksanakan perundangan Islam.

Malaysia,realitinya dikategori didalam suasana negara yang terdiri pelbagai kaum,dan pelbagai anutan pegangan agama,berbagai latar belakang sosio budaya,dan mempunyai taraf ekonomi yang berbeza-beza.Faktor ini merupakan faktor hidup,kerana ianya merupakan faktor kemanusiaan,dibawa bersama didalam kehidupan manusia.

Siapalah  kita ini untuk mengengkari tuntutan dari Tuhan Rabbul Jallil(Allah Taala).Usaha mengkaji untuk kearah melaksanakan tuntutan suci berkenaan merupakan suatu jihad(tuntutan agama Islam) sekiranya benar pada niat dan istiqamah bersama-sama jamaah bagi menjayakan pelaksanaannya.

Kepada para ilmuan Islam,pengkaji Islam,para alim ulama,para hakim yang cinta kasih kepada Islam,para ahli politik yang yakin kepada agama AllahTa'ala,para pejuang Islam, dan rakyat yanag cinta serta kasih kepada Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.,masanya telah tiba kepada Ummat Islam di Malaysia untuk bangkit dari lamunan mimpi didalam tidur,supaya mengambil saham berjuang menyatakan kesediaan dan kesanggupan mendaulatkan Hukum Hudud didalam pemerintahan negara,sebelum terlambat dan dikotori oleh berbagai unsur-unsur jahat yang lain.

Dikalangan elitis,golongan raja-raja,orang berkuasa yang memerintah,golongan bangsawan,dan korporat,malahan politikus berkemandirian untuk terus survive di arena politik,terutama yang telah dihanyut oleh berbagai fahaman politik yang dianuti yang tersisih dari ajaran Islam bagaikan sekularisme,komunisme,rasisme,fasisme,sosialisme,sudah tiba masanya kepada mereka ini semua diserukan kembalilah mengkaji Islam secara menyeluruh sebagaimana dituntut dalam Islam berdasarkan al-quran dan hadith,sunnah Rasulullah s.a.w,ijmak ulama,dan qias.

Jika seorang bekas perdana menteri yang ego menyatakan ketidaksesuaian Hukum Hudud di Malaysia,dan menyokong kumpulan anti-hadis,Allah Ta'ala masih memberi nafas untuk beliau memikirkan kembali biografi perjalanan hidupnya diarena politik Malaysia dan menyemak kembali untuk bertaubat.Membangunkan negara di atas dasar kebendaan dan menolak Hukum Hudud,bukanlah suatu kebanggaan total kepada seorang Muslim yang bertaqwa.Apalagi terang-terangan menjadi penyokong kepada kumpulan Anti Hadith.

Aku selama ini memang tiada hati membanggakan seseorang perdana menteri yang menentang Hukum Hudud dan mencerca,mempersendakan Hukum Hudud dan melakukan kezoliman terhadap sesama rakyat,semata-mata kerana mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa kronisme dalam negara.

Menjadi syarat kejayaan perjuangan melalui  usaha gigih berterusan dengan doa serta ikhtiar agar suasana persekitaran kembali sejahtera dengan izin Allah Ta'ala apabila rakyat redha kepada Islam dan menegakkan tuntutan terkandung didalam ajaran Islam sebenar.


Tiada ulasan:

Blogger news