Senario politik negara difahami umum bagaikan gelora dilautan.Demikian,apa yang sering dikata,"sekali air bah,sekali pantai berubah".
Peralihan kepemimpinan negara yang berteorikan 'RAHMAN,sudah pun brakhir dengan huruf N.Inilah period paling nazak dalam kepemimpinan parti yang memerintah negara,sebagaimana disebut oleh seorang bekas orang kuat UMNO yang sekarang berada diplatform pembangkang.
Berikutan keributan skandal 1MDB,kelihatan juga seorang timbalan menteri yang baru dinobat,mencoba mententeramkan mantan Perdana Menteri agar turut hadir didalam PAU dalam masa terdekat.
Sama ada beliau sudi hadhir,itu terpulanglah.Kata orang,"tepuk dada tanya hati".
Adakah seorang Tokoh Negarawan seperti Tun Mahathir,bakal menghadhirkan diri didalam Perhimpunan Agung UMNO,menjadi suatu tanda tanya,ini ekoran berlakunya perang dingin antara beliau dengan PM sekarang.
Mungkin ramai dikalangan perwakilan mahu mendengar sendiri apa isihati Tun Mahathir secara live tentang isu-isu yang mengaburi mata rakyat,sekaligus mungkin suasana sekian lama akan reda.
Masih awal untuk membuat suatu kesimpulan,sekiranya beliau turut hadir dan diberi peluang untuk berucap didalam perhimpunan tersebut.
Apa kata sebuah akhbar mengenai pelawaan dibuat ke atas Tun Mahathir.
Oleh kerana ia suatu hal dikira sangat penting kepada UMNO,PAU merupakan suatu platform perwakilan bertukar ide,pandangan serta gagasan,selain mendengar atau turut memikirkan sebarang amanat dari pemimpin pemimpin mereka.
Sebagai rakyat marhaen,sekirannya ada keuntungan yang bakal melimpah ruah ke tengah masyarakat,itu merupakan agenda pembangunan fizikal.Semua orang awam telah mengerti,daripada,"Siapa Dapat Apa,Siapa beri Apa".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan