Sabtu, 31 Januari 2015

Professor Xia Yeliang dikeluarkan dari Universiti Peking,China.

Assalamualaikum wbr.
Apakah perkembangan didalam  sektor pendidikan disekeliling kita?Post ini berhubung suatu perkembangan yang berlaku di negara China yang melibatkan seorang tenaga akademik di sebuah universiti di negara China(Gambar).

Sebagaimana diketahui umum,negara China dibawah kepemimpinan Parti Komunis Rakyat China sangat menekan kepada sosialisme dalam kehidupan bernegara.Sebarang bentuk yang bertentangan dengan konsep politik parti pemerintah akan menerima tindakan keras.Demikian yang dilalui oleh seorang professor ekonomi di sebuah universiti,Universiti Peking di negara China, Professor Xia Yeliang, yang telah kehilangan taraf keprofesorannya kerana telah mengecam pemerintah negara itu.

Disini fahamlah kita iaitu orang politik memang tidak suka pengkritik dari kalangan para akademik.Professor dengan keilmuannya mencerahkan kegelapan dalam sebuah kerajaan dan mampu menggoncangkan kedudukan orang politik,termasuk menteri-menteri.[Sumber]



Tiada ulasan:

Blogger news