Selasa, 15 Disember 2015

Majikan bertimbang rasalah dengan pembantu rumah.

Assalamualaikum,

Bukan ianya perkara yang enak sangat nak disebut.Namun perkara layanan majikan ke atas pekerja pembantu rumah sungguh begitu terdedah dalam akhbar mahu pun di media /elektronik.Sama ada dalam negara atau di negara berdekatan.Nak kata isu kontrovesi kan,ia ada berlaku dalam lingkungan masyarakat kita.

So, kata orang,"Jika buat baik,semoga selamat.Dan jika buat tak elok,lambat laun ditimpa musyibah."

Tujuan post ini tidaklah nak memburukkan keadaan.Hanya untuk sama-sama mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Kredit pada yahoo news:
Jagalah maruah orang lain.

Tawaran Mudah Miliki I Phone?

Assalamualaikum,

Sempat Dinmolek surfing.Terpandang artikel mengenai tawaran cara mudah untuk miliki I Phone.

Tak pulak nak promo untuk sesiapa giler-giler membelinyer.

Kata orang,"Ukur baju di badan sendiri".

Betul  ker sungguh mudah hingga tidak membebankan bayaran setiap bulan?

Seronok memang lah,bila miliki I Phone tu kan.

Jika dah banyak potongan gaji,jangan sampai....tahau -tahu ajerlah zaman sekarang ni.

Selamat membaca tawaran terhebat tu.

Ahad, 29 November 2015

Adakah Tun Mahathir terima jemputan PAU?

Senario politik negara difahami umum bagaikan gelora dilautan.Demikian,apa yang sering dikata,"sekali air bah,sekali pantai berubah".

Peralihan kepemimpinan negara yang berteorikan 'RAHMAN,sudah pun brakhir dengan huruf N.Inilah period paling nazak dalam kepemimpinan parti yang memerintah negara,sebagaimana disebut oleh seorang bekas orang kuat UMNO yang sekarang berada diplatform pembangkang.

Berikutan keributan skandal 1MDB,kelihatan juga seorang timbalan menteri yang baru dinobat,mencoba mententeramkan mantan Perdana Menteri agar turut hadir didalam PAU dalam masa terdekat.

Sama ada beliau sudi hadhir,itu terpulanglah.Kata orang,"tepuk dada tanya hati".

Adakah seorang Tokoh Negarawan seperti Tun Mahathir,bakal menghadhirkan diri didalam Perhimpunan Agung UMNO,menjadi suatu tanda tanya,ini ekoran berlakunya perang dingin antara beliau dengan PM sekarang.

Mungkin ramai dikalangan perwakilan mahu mendengar sendiri apa isihati Tun Mahathir secara live tentang isu-isu yang mengaburi mata rakyat,sekaligus mungkin suasana sekian lama akan reda.

Masih awal untuk membuat suatu kesimpulan,sekiranya beliau turut hadir dan diberi peluang untuk berucap didalam perhimpunan tersebut.

Apa kata sebuah akhbar mengenai pelawaan dibuat ke atas Tun Mahathir.

Oleh kerana ia suatu hal dikira sangat penting kepada UMNO,PAU merupakan suatu platform perwakilan bertukar ide,pandangan serta gagasan,selain mendengar atau turut memikirkan sebarang amanat dari pemimpin pemimpin mereka.

Sebagai rakyat marhaen,sekirannya ada keuntungan yang bakal melimpah ruah ke tengah masyarakat,itu merupakan agenda pembangunan fizikal.Semua orang awam telah mengerti,daripada,"Siapa Dapat Apa,Siapa beri Apa".


Law of Attraction

Apa ada di video ini?
Tentunya tertanya-tanya kearah mana nak dibawa dari mesej ini.
Andainya ia mengujakan,seronok juga sekiranya ia membantu semua orang yang mahu mengikutinya sehingga ke sut.

Pernah dengar "Law of Attraction?".

Sama ada bukunya ditulis dalam versi Bahasa Inggeris atau dialihbahasa,usahawan-usahawan berjaya telah mengkajinya,aplikasikannya dalam  perniagaan,terutama di internet.Mudah kata usahawan internet.

Saya kongsikan dengan rakan-rakan,agar  ada jua yang mahu mencoba atau membaca buku berkaitan.
Siapa tahu,telah ramai membaca bukunya.
Ambil yang baik,sekiranya tidak bersalahan dengan fahaman anda.


Sabtu, 28 November 2015

Apa cerita 1MDB dengan China General Nuclear Power Corp (CGN Group)?

Tun Mahathir mempertikai kewibawaan kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak terutama isu 1MDB belom habis kisahnya.

Sama ada ianya isu kontroversial didalam negara lately,kaitannya hangat dibincang mengenai tenaga dalam negara.

Lihat apa tersiar dimedia maya;

"1Malaysia Development Bhd (1MDB) is exiting the power business after agreeing to sell its entire energy assets to China General Nuclear Power Corp (CGN Group) for RM9.83bil cash.
CGN Group will also assume Edra Global Energy Bhd’s relevant gross debt and cash based on a valuation date as at March 31, 2015."
Siapa tak marah,kegawatan kewangan dan ekonomi negara bagai telor dihujung tanduk.
Bukan orang politik di parlimen sahaja berbahas mengenai 1MDB,malahan orang kampung turut hangat berbicara tentang penjualan tenaga api kepada syarikat luar negara sebagaimana gambaran diberi.

Ha,,siang malam kita mendengar isu penjualan tenaga api.Yang sering diapi-apikan,"barang naik".

Kambing tak takut Pak Belang.

Nama nya Timur (kambing) dan Amur (harimau).Kami tinggal di Safari Park.Percaya tak kami boleh berkawan,walau pun saling mengancam."Kau makanan ku",kata Amur.

Tak pelikkah?Itulah keadaan kehidupan antara dua jenis haiwan,antara harimau dan kambing.
Lazimnya,haiwan ganas diletak didalam kandang besi kukuh,khusus untuk harimau.

Nah...santai-santai tonton gelagat dua haiwan ini.

Kredit;http://www.huffingtonpost.com/

Pejuang berjambang cintakan kedamaian.

Tentunya masih ingat wajah insan berjambang tebal.Pejuang dari salah satu banyak kaum etnik di Afghanistan yang menentang pencerobohan Russia di bumi Afghanistan.

Ia menjadi ikon pada sebuah parti di tanah air,terutama dengan topi beret yang dipakai.He,,he..
Ada perkembangan terbaru tentang bekas pejuang tersiar di media.

Ya,,,Senang susah dalam perjuangan sudah dilalui.Ia cintakan keamanan serta keadamaian bagi sebuah negaranya  yang penuh konflik dan peperangan.



Jumaat, 27 November 2015

Tembak jet diruang udara.

Konflik di Syria. Mempertahankan kepentingan masing-masing.Inilah akibat kena serang.Dunia semakin celaru.
Siapa bersalah atau siapa mencari kesalahan siapa?

Blogger news